Want your
own Fotopage?








 
mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Jan-2009 15:23 Email | Share | | Bookmark
KEK PISANG ALA ENGLISH STYLE DAN JWB TAG.....

 
 
 
 
Masa cuti,petang sabtu lepas buat kek pisang ala English ni untuk minum petang....bila tengok kat blog Yatt....teruja pulak nak membuatnya.....bahan2 lain ada,cuma pisang pulak yg xde...pergi pasar malam sekejap beli pisang....kalau dah teruja sangat nak buat tu....usaha jugak nak gi beli pisang....pastu terus masuk dapur menggodek ....kek ni sedap, tak berapa manis dan ada taburan potongan pisang diatasnya....dan tabur gula diatasnya,bila dah masak...mula2 nak buat satu adunan je.....tapi bila tgk pisang ada lebih,drp pisang terbiar mcm tu je terus buat 2 adunan plk...resipi ni kita c&p dr blog Yatt yg kat Finland tu... yg terkenal dgn keindahan hiasannya diatas meja...minat tgk gambar2 makanan yg diambilnya....terima kasih Yatt kongsi resipi....

Quote:



KEK PISANG ALA ENGLISH STYLE

Bahan-bahan;

180 gm tepung (yatt gunakan 90gm tepung gandum dan 90 gm tepung cake)
70 gm butter
2 biji pisang di lenyek ( besar satu jengkal jari, kalu pisang pendek tambah satu lg)
1 biji telur
3 sudu besar gula putih
2 besar gula merah
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla

sedikit pisang potong
serbuk kayu manis
sedikit gula pasir- sy tabur gula icing

Cara-caranya;

Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.



Ini kena tag pulak dr Ummi -home sweet home....maaf yer Ummi sbb lambat jwb tag ni....


Quote:



Peraturan nya:-

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. - ok, akak dah copy dah..cantiiikk n cute betul award nih.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - dari Ummi - home sweet home

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1 > Sejak ada fp sendiri ni,mmg suka sesangat bloging meninjau dapur kawan2,seronok dpt ramai kawan dialam maya ni dan x boring.

2 > Lebih suka membaking drp masak lauk pauk,sbb kalau buat kek ke apa2 berkenaan baking...kita blh hias dan nmpk cantik....bermakna suka pd keindahan & kecantikanlah nmpk nye yer....perempuanlah katakan...

3 > Dulu suka giler mendeko hiasan rumah ala2 english...,skrg dah kurang sikit...ketagih membaking plk.

4 > Suka mengumpul majalah Impiana,anjung seri,majalah dapur dan resipi masakan.hasben selalu bising,sbb dah sangat...

5 > Suka melancung dan window shopping...kalau dompet berisi,...berkenan,terus sambar,tp tgk harga juga..setakat yg mampu.

6 > Pening kalau rumah bersepah dan berselerak,terutama bhgn dapur...mulalah nk membebel..

7 > Bila boring suka berangan yg indah2 supaya mod kembali ceria.

8 > Seorang yg agak pendiam kalau x kenal sesaorng,malu nk mulakan dulu,tp bila dah kenal kawan yg sesuai..rasa sedih plk nk berpisah dan mesti asyik terkenang2kan wajahnya.

9 > Tak suka tengok cerita seram dan sedih,suka tgk cerita yg ada ciri2 kekeluargaan.

10 > Kalau berjalan jauh (travel) suka kalau hasben ada bersama .xtau kenapa...bila ada disisi rasa selamat dan bila travel jauh2 x suka tumpang kenderaan orang.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

> Zaiy dubai
> Amal - Kedah
> Jasmeen - Shah Alam
> Mariam
> Shima - UK
> Rohayati(Mektie) - Kelang
> Umieaisyah - Telok Intan
> Inasaly - Penang
> Zimah - N9
> Bunga mekar - Ampang

* dan yang lain-lain yang rajin menjenguk dapurimpian ni, silakanlah ambil jugak ya..jangan malu-malu...

5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag menerima award ini.


Salam, terus lapar bila jengok blog k zai nie...kalau sesapa nak belajar kek lapis sarawak boleh jengok blog saya..kelas secara hands on..19 april di bandar baru bangi...tq Mon 13-Apr-2009 03:23
Posted by:Irabakery  - [Link]
http://www.duriankahwin.com melancarkan produk kami iaitu Kad Kahwin Indonesia di web Promosi 40% untuk KAD KAHWIN INDONESIA. WOW!!! Jgn lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kad yang eksklusif ini pada harga DURIAN RUNTUH!!

http://www.duriankahwin.com - Creative Wedding Cards. Unique Souvenier. on your Special day.
Tue 14-Apr-2009 10:22
Posted by:Durian kahwin  - [Link]
Salam.tumpang iklan ye....jom jengok.. design baru...baju kurung, kebaya, jubah, tlkung...CANTIK untuk RAYA 2009!!!!! http://exclusiveapparel.blogspot.com/ Thu 16-Apr-2009 16:43
Posted by:mamaluqnqis  - [Link]
View all 51 comments Add comment


Tuesday, 20-Jan-2009 05:24 Email | Share | | Bookmark
RICH CHOC MOIST CAKE DAN CHOC CHIPS MUFFIN

 
 
 
 
 
 
View all 8 photos...
Inilah kek giant pertama yg dideko sendiri,sbb selalu mendeko kek2 kenit je...bila nak menulis perkataan atas kek ni,byk cabarannye ye...tak seperti menulis diatas kertas.....tak cukup lulus lagi...deko pun sememeh je..... tak seperti tokeh kek kat Shah Alam dan tokeh kek & tokeh western kat utara nun,depa dah biasa deko2 kek mcmni.....cuba teka siapa dia kawan2 kita tu....hehehe...jgn marah ye meen dan Amal yg jauh kat utara tu....berlawak je...Rich choc moist cake ni adalah permintaan dari kawan ofis sempena hari jadi anak perempuanya yg ke10 tahun....perkataan yg tertera diatas kek ni semuanya dari idea anak nya itu...kita tolong merialisasikan je diatas kek ini...kek ni akan dibawa Najwa kesekolah dan diraikan bersama rakan2 sekelasnye....."SELAMAT HARI JADI NAJWA" SEMOGA MENJADI ANAK YG BERJAYA DUNIA & AKHIRAT DAN BERTANGGUNG JWB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA..... ...kek ni kita c&p dr blog Ummi kat Kuantan nun...terima kasih ummi,kita asyik cilok resipi je....

Quote:



RICH CHOC MOIST CAKE
sumber - Ummi ( home sweet home)

Bahan:-

6 oz (170 gm) mentega
14 oz (397 gm) gula kastor
3 biji telor
7 oz air sejuk

Bahan A (dibancuh):-

1 sudu teh nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate/coffee emulco atau chocolate/coffe paste

Bahan B (diayak bersama):-

8 oz (226 gm) tepung high protein/tepung roti/self-raising flour/tepung kek
2 1/4 oz (64 gm) serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder



Cara Membuat:-

Griskan loyang kek saiz 9 inci dan lapikkan dengan parchment paper. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula dengan mixer hingga benar2 gebu dan kembang (apabila diangkat adunan tidak jatuh)
Masukkan telor satu persatu sambil dipukul.
Kemudian masukkan bahan-bahan A sambil dipukul lagi.
Masukkan bahan-bahan B sedikit demi sedikit sambil dipusingkan satu hala/arah dengan whisker secara perlahan-lahan sehingga adunan rata dan sebati.
Masukkan air sejuk sambil dikacau lagi sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan hentakkan sedikit loyang supaya mengeluarkan angin.
Bakar pada suhu 170C selama 50 - 6- minit/hingga masak (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
Setelah siap, keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum disapukan dengan chocolate ganache.



Bahan Untuk Ganache/Icing:-

1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

Cara Membuat:-

Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.


Choc chips muffin ni pulak buat untuk beri sebagai buah tangan pada anak buah yg buat majlis makan2 dirumahnya....resipi ni pun kutip kat blog Ummi...tima kasih yer Ummi sekali lagi...c&p je yer....

Quote:




CHOC CHIPS MUFFIN

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat:-

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

slm kak zai.. kat skool sy kwn2 sibuk cari prata nak buat puff tuh..hehehe.. sy pun dah 2 x buat..hr ni HB request lagi.. nak beri kwn2nye kat opis lak..smlm patutlah HB beli pek ekonomi yg isi 25 kpg tu.. mmsing tgh kemaruk makn puff kak zai ni..TQ kak zai kongsi rspi.. Fri 23-Jan-2009 09:01
Posted by:zana  - [Link]
salam...lawalah tu..pandai jugak deko mendeko ... Tue 3-Feb-2009 04:45
Posted by:kak ina kl  - [Link]
good news everyone!!!
we are doing clearance sale for our ready stock item
all items MUST let go

Fri 13-Mar-2009 03:40
Posted by:TAG  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Wednesday, 14-Jan-2009 10:41 Email | Share | | Bookmark
ASIAN TWIST PIE DAN 3 THEMA CUPCAKES....

 
 
 
View all 9 photos...
Ini resipi mudah,...buat untuk minum petang....kita guna instant prata jenama "kawan" yg terkenal tu....senang,cepat dimasak dan dimakan....kalau nak menguli2 tepung ni,mmg penyengan sikit.Asian twist pie ni macam ala2 giant curry puff lah..sb guna 1 keping roti prata tu...cuma bahan2 inti ada kelainan sikit....resipi c&p dr CMG yg terkenal tu....

Quote:



ASIAN TWIST PIE

BAHAN-BAHANNYA
5 keping instant prata jenama "kawan"
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Kuning telur untuk disapu

BAHAN INTI
2 biji kentang, kupas dan potong dadu, rebus hingga 1/2 empuk
1 tin cendawan butang, hiris halus - sy guna mixed vege
3 batang black pepper sosej "Ayamas", didadu kecil - sy x bubuh
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan hirisan daun sup
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan) - sy x bubuh
2 camca besar mentega



CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK INTI :- Cairkan mentega, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf. Masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam, gaul rata. Masukkan cendawan dan goreng sebentar, tambah kentang dan sosej, gaul rata dan tuang susu cair. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, gaul rata dan angkat. Biarkan sejuk.
2. UNTUK ASIAN TWIST PIE :- Ambil sekeping instant prata. Isi inti pada satu bahagian, kurang lebih 2 - 3 camca besar dan taburkan sedikit parutan keju. Temukan dan jadikan seperti karipap, tekan hujung2nya dengan garfu dan kelim seperti karipap (jika suka). Cucuk permukaan pie dengan garfu dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
3. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 200C selama 30 minit. Sejukkan atas jaringan. Potong dua pie untuk dihidangkan...


Cupcakes ni adalah 3 thema untuk 3 orang yg menempah....2 thema biru,untuk pertunangan dan 1 thema pink untuk kenduri kesyukuran sempena menyambut kelahiran baby girl....dah lama x pegang nozzle...tangan pun dah rasa keras semacam je....deko yg simple2 dan mudah je....semua ni untuk kawan2 yg minta tolong buatkan....

Quote:








menariknya cc tu, my favourite color la tu pink + ijau Thu 22-Jan-2009 07:08
Posted by:ai  - [Link]
Bolih update me cup cake. Teruja I. Thu 5-Feb-2009 11:41
Posted by:Nomi Abdullah
cantiknya akak buat cup cake...akak ambil tempahan ker..? Fri 10-Apr-2009 10:04
Posted by:hayeda  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Saturday, 10-Jan-2009 19:03 Email | Share | | Bookmark
MUFFIN COKLAT DAN PULUT SAMBAL

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:

Hari tu...jalan2 dan ronda2....tengok muffin coklat dirumah Boxhousestudio,teringin pulak nak makan dan tengok bahan2nya pun mudah dan nak buat pun ringkas je....dan terus kedapur..... sebab bahan2nya memang dah ada dan takut expired pulak.Muffin ni mmg mewah dgn rasa coklat,sbb pakai tepung sedikit saja...tapi bila dah masak dan keluar oven nampak macam gunung berapi dah meletup lah pulak..... rekahan terlebih sangat....w/bagaimanapun tetap sedap dan moist bila dimakan dan tak padan dgn rupanya....


Quote:



Muffin Coklat
Sumber : Boxhousestudio -Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder



Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.




Quote:

Pulut sambal ni memang feberet....teringat zaman hingusan dulu2...time sekolah memang suka beli pulut sambal ni dikantin...tapi dibungkus dengan daun pisang...wangi je baunya...aroma dari daun pisang tu...sambalnya macam sambal ikan bilis nasi lemak ataupun sambal goring kering ikan bilis,tp kalau sambal goring diletak kelapa parut diatasnya.....hari tu tgk kat rumah madiha,Jasmeen dan zaiy,pulut makan dgn ikan masin,sedap juga....resipi tanak pulut ni kita C&P dari madiha fp...t.kasih madiha...



Pulut sambal

Bahan2
3 pot beras pulut
Air secukupnya
Sambal tumis ikan bilis
Kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam

Cara Masak Pulut
1. Gunakan periuk elektrik (lebih mudah tak berkerak )
2. Cuci beras pulut spt biasa.
3. Masukkan air sehingga air melebihi paras beras anggaran 1 cm sahaja.
4. Petik ler periuk elektrik td spt masak nasi biasa
5. Hidang pulut tanak sambal tumis ikan bilis & kelapa parut yg digaul sedikit garam.



re: kak zai.. perencah laksa s'wak tu anak sujah (naknie) kirim member dia beli dari s'wak.. 1st time masak.. tp mmg sedapp.. tak pedas sgt.. anak2 leh mkn.. kita kalo nak pedas dlm sambal tu leh boh cili api lebih sket Wed 14-Jan-2009 03:17
Posted by:MaDiHa  - [Link]
suka pulut.. tak kira apapun .. okjer janji pulut..
betoiler terliur lagi tengok hiasan dan mangkuk2 .. betoi2 menarik..
kalau suami teman hidangkan gini mau dia tak lerh makan..
bilerler teman nak jadi laguni.. makanan selera dan hiasan menawan..
Wed 14-Jan-2009 03:21
Posted by:cho zila  - [Link]
Salam kak zai..wee sedapnya masak2..pie ada, muffin ada, dan paling Ummi suka sambal tumis dgn pulut tu..mmg selalu buat, favourite fmly Ummi tu..Kak Zai buat cupcakes camtu, kalu nk order kira camne? Kot la boleh wat hantaran ke, bagi rombongan pengantin ke, tak lama lg adik nk kawin, tercari2 gak nak bagi apa..hehe..maklum Ummi ni x pndai deco2 ni..out tul!!! Eh nnt, kak Zai dtg rumah amik award eh..jgn lupa.. ) Thu 15-Jan-2009 01:53
Posted by:ummi  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Monday, 5-Jan-2009 14:29 Email | Share | | Bookmark
ROTI LAPIS BERDAGING DAN TEH DANGDUT.....

 
 
 
View all 5 photos...


Quote:

Hari tu ronda2 lagi kat fp dan blog kawan2...nak cari menu ala2 "simple dish" yg dibakar atau menu yang ala2 mengenyangkan....hasil dari rondaan tu,terserempak dgn menu kat blog "Ummi- Home Sweet Home"...masakan Ummi ni selalu menepati selera kita....dah byk kali juga mencilok resipi dari rumah Ummi ni....resipi ni dah seminggu diperam...baru petang ahad tu berkesempatan mencubanya....petang tu masak roti lapis berdaging ni dan buat teh dangdut....kenyang dahhh....malam tak yah makan lagi... konon2 diet....tapi dah bedal awal2....anak2 dan asben pun suka dengan roti lapis berdaging ni...diorng kata sedap....tukang masak pun hepilah...hilang penat..makanan yg dimasak dpt sambutan.... tima kasih Ummi dan yg empunya resipi...kita c&p je ye.....


Quote:



ROTI LAPIS BERDAGING

Bahan:- (6 - 8 orang)

3 biji kentang dipotong dadu
500 gm daging cincang - sy guna daging kisar jenama Ramly
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari (*ummi letak 2 sudu besar)-sy pun letak 2 sudu besar
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese (*ummi letak mozarella cheese)- sy guna parutan cheese
marjerin untuk melenser loyang



Cara Menyediakan:-


1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.

2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S

3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.

4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.

5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).

6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.

7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.

8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.

9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat.


Quote:

Minuman teh dangdut atau dipanggil teh candu ni...memang dah cukup popular pd warga FP & Blog...dah ramai kawan2 yg mencuba nya...first time.. kita pernah order minuman ni diwarung...bila tgk gelas minuman orng tu cukup menarik sekali...berlapis2 airnya,kita pun terujalah nk meng oder nya...bila rasa mcm teh tarik,cuma cara membuatnya ada kelainan...tempat kita dipanggil teh candu...masa nk order tu malu plk nk menyebutnye...belum lg sebut dangdut...kelakor...tp yg kita buat ni tak lulus lagi...sbb lapisan nya terapung kat atas...jauh sgt...mungkin tak cukup buihnye...layan jelah ye...malas nk buat yg lain dah....



TEH TARIK DANGDUT
Sumber resipi - Sumber Inpirasiku

Bahan-bahan ( 1 gelas )
2 uncang teh
3 sudu besarsusu pekat
2 sudu besar susu cair (option)
air panas (ikut sukatan gelas)

Cara-cara ;

-rebus teh denagn setengah cawan air, pastikan teh tu pekat( jika sukatan air 1 cawan rebus sehingga aair rebus tinggal 1/3 cawan sahaja) . campurkan susu pekat dan cair dengan 1 cawan air panas lepas itu tarik sampai berbuih. kemusian tuang di dalam gelas. akhir sekali masukan perlahan-lahan air rebusan teh di dalam gelas. so jadilah teh dangdut.

RE;ZAI DAN ORG DLM SIHAT JER MMG DAH TUNJUK BENTUK TP GENDER LOM LEH LIHAT G.. Thu 8-Jan-2009 15:56
Posted by:zai KuLiM  - [Link]
lama dah x jenguk kak zai..macam-macam ada ha..
xtau la nak masak ape..dan kalo tau pon barang plak xder..kadang2 barang ader penat plak..byknya alasan..
rumah kak zai ni mesti cam taman bunga kan...
Fri 9-Jan-2009 08:30
Posted by:umieaisyah  - [Link]
# Ready-made KEBAYA,
# Size XS, S, M, L, XL, XXL, XXXL, XXXXL.
# Size 5XL-7XL could be requested.
# Perfect for Engagement, Akad Nikah, Wedding Reception, Dinner, Raya or Any Functions.

http://princesscut.fotopages.com
Sat 31-Jan-2009 13:08
Posted by:PrincessCut
View all 26 comments Add comment


Friday, 2-Jan-2009 09:30 Email | Share | | Bookmark
ROTI JALA BEKUAH KARI DAGING DGN KENTANG

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:

Semalam ronda2 kat FP "AMAL"....terliur tengok roti jala dengan kuah kari yg dimasaknya 2 minggu lepas.Tapi ikutkan selera lebih suka makan dgn kuah durian...tp tak musim durian,makan dgn kuah kari jelah.Memandangkan semalam cuti, jadi projek seterusnya ialah "Roti Jala" atau "Roti Kirai"....acuan roti jala pun baru je beli minggu lepas,sbb yang lama dah hilang entah kemana letaknya ataupun dah terbuang semasa berkemas,biasalah tu,bila nak guna,kalau dicari mesti tak jumpa...sbb dah berkurun tak buat roti jala ni...selalu tunjuk je kat gerai tu...w/pun acuan roti jala ni murah,tapi sukar juga nak mendapatkannya....puas dah ronda2 kat pasar malam kot2 terjumpa ada dijual...akhirnya jumpa kat pasaraya carrefour...itu pun dah tinggal 2 biji je....


Quote:



ROTI JALA

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telor
2 cawan air (mengikut kepekatan)
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit
garam



Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan kari ayam/daging atau kuah yg manis kuah durian.




Quote:



KARI DAGING BERKENTANG
Bahan
500gm daging
1 peket kecil rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]- sy guna kari cap Babas
3 cawan santan kelapa
2 biji kentang [potong kecil]
sedikit air asam jawa
3 s/b minyak
garam


Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis
1 pelepah daun kari
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara
1. Daging dipotong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi dan garing.
3, Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Bila sudah naik minyak masukkan daging dan kecutkan sehingga empuk.
5. Masukkan santan dan garam. Perlahankan api dan biarkan naik minyak.

roti jala ...sedappnyer kalu kena ngan kari ayam or daging... Mon 5-Jan-2009 08:23
Posted by:bungamekar  - [Link]
Salam kenal,sedap semua makanan dlm umah ni yer Mon 5-Jan-2009 11:35
Posted by:dayang kek lapis  - [Link]
ADOIII TAK TAHAN LA KALAU TENGOK MENU ROTI JALA NIE... LEH MELELEH AIR LIUR TAU...
TAPI WATIE LAGI SUKA MAKAN ROTI JALA NGAN KUAH DURIAN... TAPI KALAU DAH TERHIDANG DEPAN MATA CAMNIE... NGAN KUAH APA PUN WATIE BEDAL...
Mon 5-Jan-2009 13:17
Posted by:Watie  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Monday, 29-Dec-2008 04:20 Email | Share | | Bookmark
ALMOND N ORANGE CAKE DAN NASI LEMAK SEMPOI.....

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:

Salam ma'al hijrah untuk semua......

Minggu ni adalah minggu cuti yang panjang....kadang2 bosan juga ....tak kemana2,apa lagi nak buat....aktiviti memasak dan makan aje lah.... dah lama tak buat nasi lemak,asyik aktiviti beli bungkus memanjang je....nasi lemak ni,...dari sarapan pagi merangkap hingga kemalam,...malas nak memasak lagi....walau bagaimana pun,sedap juga dari air tangan sendiri.....walaupun lauk nya sempoi aje.... dan waktu sebelah petang,menggodek buat kek almond n orange pulak untuk buat minum petang...haaa dah kenyang dah tu....


Quote:



NASI LEMAK

bahan2
4 cawan beras [basuh n toskan]
2 cawan santan]- atau mengikut anggaran sendiri
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
garam secukupnya

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun atau kangkung rebus.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan goreng sekejap jgn sampai garing]
2 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sedikit belacan ]
sedikit air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.


Quote:

Kek ni rasanya lembab,lembut,rasa almond dan harum berasa oren- c& p dari yummylicious-June...terima kasih pd empunya resipi kerana terhasilnye kek yg sgh menepati citarasa...sy sgh suka pd rasa kek ni...



Almond n orange cake

Bahan:

125gm butter
165gm gula
2 biji telur
1 cawan tepung gandum- sy guna tepung kek
1 sudu teh baking powder
30gm serbuk badam
125ml susu segar
2 sudu teh jus oren- sy letak 3 sudu teh
1 sudu makan parutan kuli oren



Cara:

pukul butter n gula hingga lembut. masukkan telur satu persatu, pukul. masukkan tepung n baking powder. pukul. masukkan serbuk badam, susu, jus oren n kulit oren, pukul rata. masukkan kedalam loyang beralas n bergris, bakar hingga masak.
akak bakar dengan suhu 180'c selama 30min.

Dah la,a tak makan Nasi lemak tau....rindu tau.... Thu 1-Jan-2009 08:38
Posted by:MamaElla  - [Link]
menggodanya kek... adakah daku cukup rajin utk membuatnya, hmm... Fri 2-Jan-2009 06:45
Posted by:Lee Lin  - [Link]
salam kunjung balas kak zai.. nasi lemak tu posing menggoda betul la.. ni yang jap lagi nak pi cari nasi lemak ni.. heheheh
aqakk kita link ek..
Sun 4-Jan-2009 06:47
Posted by:SL  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Friday, 26-Dec-2008 14:27 Email | Share | | Bookmark
CHEESY CUP CAKES DAN LAUK PAUK.....

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:

Hari tu ronda2 kat fp kawan2.....singgah kat fp Amal,maka ternampak cheesy cup cakes,nampak macam sedap,sbb ada berintikan cheese, strawberry dan blueberry didalamnya....maka pd hari cuti,kita pun menggodeklah kat dapur....cheesy cc ni memang sedap dimakan masa tgh panas2 waktu baru keluar dari oven....betul kata Amal tu....kalau x percaya cubalah..... resepi ni pun pernah tengok kat blog zana,tapi kita c&p dr amal je...tima kasih pd empunya resepi.....


Quote:



Cheesy Cup Cakes

Bahan-bahan ( 12-15 biji )
200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
2 biji telur - dikocok
2 sk baking powder
60 g cream cheese
stawberry/blueberry filling

Cara-cara
Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.



**Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera


Quote:

Ini adalah hasil dari beberapa lauk pauk yang dimasak sepanjang minggu ni...xyah citer panjang lagi....jom layan dan jamu mata dgn lauk2 yg x seberapa ni....



Masak lemak cili padi pucuk ubi dgn udang

Bahan2:
1 ikat pucuk ubi (ambil pucuk yg lembut dan dibasuh/toskan)
udang kertas saiz sederhana (dibuang kepala dan dicuci)
cili padi - sy campur sedikit dgn cili merah
bawang merah
kunyit hidup
2 batang serai (diketuk)
santan kelapa
garam secukup rasa

Cara:
>Tumbuk atau kisar cili padi,bawang,kunyit hidup.
>Jerang santan didlm periuk bersama bahan kisar dan daun serai hingga mendidih sambil dikacau
>Masukkan pucuk ubi (biar lembut sedikit)sambil dikacau
>Masukkan udang,garam dan biarkan mendidih sekali lagi hingga masak.


Quote:

Kari ayam dgn kentang




Quote:

Sotong goreng kunyit dgn buncis




Quote:

Ikan cencaru sumbat belah belakang



salam maal hijrah...ya ampun sedapnya menu2 ni...kalau azam thn baru nak berdiet, alamat punah ranah lah azam tu tengok menu nih Sun 28-Dec-2008 19:37
Posted by:hajar  - [Link]
Nampak sedap..tak pernah try wat cheesy cupcakes. Mesti cuba lepas nih..

Mencari cuppies n fancy cookies di terengganu?
Kunjungi http://hidayatulfarah.fotopages.com
Mon 29-Dec-2008 15:40
Posted by:Farah Homemade Bakery  - [Link]
Nampak sedap..tak pernah try wat cheesy cupcakes. Mesti cuba lepas nih..

Mencari cuppies n fancy cookies di terengganu?
Kunjungi http://hidayatulfarah.fotopages.com
Mon 29-Dec-2008 15:50
Posted by:Farah Homemade Bakery  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Sunday, 21-Dec-2008 09:12 Email | Share | | Bookmark
PAI AYAM 'MELBOURNE' DAN KEK MARBLE PANDAN

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:

Nak citer sikit pasal resipi ni ye...jgn boring lak ye...takde citer lain,sesekali kita citer pasal sejarah resipi ni plk....hehehe.... Pai ayam Melbourne ni memang sedap...rasa macam pai kat AYAMAS tu, diambil dari resepi "SECUKUP RASA" KOLEKSI RESEPI PILIHAN NORA (penyanyi Nora) yang memang terkenal dengan resepi masakan nye tu..resepi ni dibukukan dengan harga yg bolih tahan juga...tebal juga buku ni.kedai buku tu siap bungkus dengan pelastik lagi buku ni....agaknye takut orang ramai selak,..tapi tak beli....olih sebab teringin sangat nak menengok resipi didalamnye..... kita pun belilah...mahal pun mahal lah,pejam mata je...janji dapat tengok puas hati....lagi pun bila difikirkan rasa tak rugi beli buku masakan,bolih digunakan olih anak2 akan datang,kalau disimpan dgn eloklah...Buku ni mengandungi himpunan resipi turun- temurun masakan pantai timur yg diperolehi dari ahli keluarga yg terdekat.Namun terdapat juga masakan ala Barat yg diperolehinya sewaktu beliau melancong keluar negara dan juga pelbagai tip dan petua.Panjang juga al-kisah resepi ni ye.... sesekali melalut.... ...meh kita kongsi resepi ni....nak taip resepi ni,yg malas ni....


Quote:



PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")

BAHAN:
Untuk inti pai (filling)
1 cawam isi ayam- dihiri nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - Kita guna roti pratha jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan mentega.Goreng bawang besar hingga kekuningan.masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell,ubi kentang,kacang pis,air dan lada sulah.Kacau hingga sebati.
3.Setelah masak,angkat san ketepikanseketika.
4.Canai kulit pai san letakan ia sebagai lapisan bawah(base)dan bakar se;ama 5-6 minit
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.



TIPS:

*Nora galakan menguna kulit/pastri segera kerana ia senang dimasak.Sedap dan menjimatkan masa.Ia bolih dibeli dikedai biasa atau dipasar raya.
*Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
*Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa.Cukup dgn kulit diatas sahaja
*Sesuai juga utk beginner tetapi mesti ikut arahan dgn betul.


Quote:

Kek marble pandan ni plk,ambil resepi kat noreen-homecooking blogspot...tima kasih ye pd empunya resepi....



KEK MARBLE PANDAN

Bahan-bahan:
4 biji telur
100gm gula pasir
1 camb ovalette
25ml pati santan atau susu segar
50gm minyak jagung
100gm tepung gandum
1/2 camt garam
1/2 camt baking powder
1 camt pandan paste
1 camt pandan emulco
1 camt cokelat emulco

cara:

1. griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan
2. ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan
3. pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata
4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat
5. perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
6. masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati
7. bahagikan adunan kepada dua bahagian
8. satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
9. satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
10. masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek
11. kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan
12. bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
13. setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
14. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Salam, pai ayam tu menggoda betul ! Bilalah yati dapat cuba resepi ni. Masuk list dulu ya. Kek pandan marble pun nampak gebus! Fri 26-Dec-2008 05:35
Posted by:Yati  - [Link]
salam zai, amboiihh terliur tgk pai ayam tu..pandan marble pun nmpak gebussss n moist je eh..boleh la nak try nnt..hehe.. Fri 26-Dec-2008 16:34
Posted by:ummi  - [Link]
Dah try 2-2 resepi nie, memang sedap. Marble kek pun kasi kat ofis mate diaorg ckp ok. Yg kek tu bila dah masak, dia tenggelam kat bawak ler, mcm mendap. Yg chicken pie tu memang OK, tapi yg kulit pie tu saya rasa mcm saya ader problem sikit... Wed 14-Jan-2009 03:27
Posted by:Azizan
View all 17 comments Add comment


Saturday, 13-Dec-2008 18:32 Email | Share | | Bookmark
ROTI KERCA DAN KEK MARBLE TRIO

 
 
set roti kerca
View all 8 photos...
Quote:

Pada hari cuti selepas raya aidil adha hari tu...tekak terasa nak makan roti kerca pulak....memamg dah lama teringin nak buat,...resipi nya pun dah lama peram...tapi bila sampai waktu buat benda lain pulak...biasa lah tu...tapi resepi kuahnya kita pelbagaikan mengikut stok yg ada dirumah.mengikut dari resipi tu,roti kerca ni merupakan masakan orang Arab,sekali pandang macam laksam,tapi bukan,dan konsepnya macam juga pasta,tapi lain sikit,..tapi bahan2 rempah tumisannya lebih kurang sama je dgn masak kari,cuma kuah roti kerca bubuh tomato puri dan daging cincang.disebabkan tomoto puri dah kehabisan stok dan daging korban masih ada lagi,maka kita bubuh daging,kentang beserta santan kotak je...maka jadilah dia kari daging berkentang makan bersama roti kerca ni...nanti lain kali buat kuah ikut resipi ini pulak.....nak jadi Pak Arab plk....hehehe....resipi ni ambil dari majalah saji...panjang lebar plk beceloteh....nanti semput plk org nak baca....meh kita tengok resipi yg asal....


Quote:



ROTI KERCA
Sumber resipi- Azie & Syed Sobrie (majalah saji)

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serung.

BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat



UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.


Quote:

Kek marble trio ni pulak c&p dari blog CMG...tapi kita lapis seperti kek belang je...terlupa nak buat tompok2 kalor adunan semasa nak bubuh dalam loyang mcm CMG tu...kek ni memang lembut,gebu dan lembap terima kasih yg empunya resipi....


Quote:



KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence



CARA MEMBUATNYA

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU
:- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

slm kenal kak zai..wow rspi kak zai hebat2.. link dgn kak zai K.. TQ Sun 21-Dec-2008 04:31
Posted by:zana  - [Link]
Sib baik dah pernah buat roti kerca, jadi masih bolehlah ditahan godaannya.... Sun 21-Dec-2008 09:56
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Sedap Nampak Roti kerca tu lepas nie blh cuba....biasa kak Yatie buat lempeng lenggang..makan dengan kuah kari... kek Trio tu cantik rupanya...ada resepinya tapi tak pernah buat.......apa-apapun presentation Zai memang menarik dan tertarik..... Thu 25-Dec-2008 16:57
Posted by:yatie  - [Link]
View all 32 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com