mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Jan-2009 09:30 Email | Share | | Bookmark
ROTI JALA BEKUAH KARI DAGING DGN KENTANG

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:

Semalam ronda2 kat FP "AMAL"....terliur tengok roti jala dengan kuah kari yg dimasaknya 2 minggu lepas.Tapi ikutkan selera lebih suka makan dgn kuah durian...tp tak musim durian,makan dgn kuah kari jelah.Memandangkan semalam cuti, jadi projek seterusnya ialah "Roti Jala" atau "Roti Kirai"....acuan roti jala pun baru je beli minggu lepas,sbb yang lama dah hilang entah kemana letaknya ataupun dah terbuang semasa berkemas,biasalah tu,bila nak guna,kalau dicari mesti tak jumpa...sbb dah berkurun tak buat roti jala ni...selalu tunjuk je kat gerai tu...w/pun acuan roti jala ni murah,tapi sukar juga nak mendapatkannya....puas dah ronda2 kat pasar malam kot2 terjumpa ada dijual...akhirnya jumpa kat pasaraya carrefour...itu pun dah tinggal 2 biji je....


Quote:



ROTI JALA

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telor
2 cawan air (mengikut kepekatan)
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit
garam



Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan kari ayam/daging atau kuah yg manis kuah durian.




Quote:



KARI DAGING BERKENTANG
Bahan
500gm daging
1 peket kecil rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]- sy guna kari cap Babas
3 cawan santan kelapa
2 biji kentang [potong kecil]
sedikit air asam jawa
3 s/b minyak
garam


Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis
1 pelepah daun kari
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara
1. Daging dipotong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi dan garing.
3, Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Bila sudah naik minyak masukkan daging dan kecutkan sehingga empuk.
5. Masukkan santan dan garam. Perlahankan api dan biarkan naik minyak.


Monday, 29-Dec-2008 04:20 Email | Share | | Bookmark
ALMOND N ORANGE CAKE DAN NASI LEMAK SEMPOI.....

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:

Salam ma'al hijrah untuk semua......

Minggu ni adalah minggu cuti yang panjang....kadang2 bosan juga ....tak kemana2,apa lagi nak buat....aktiviti memasak dan makan aje lah.... dah lama tak buat nasi lemak,asyik aktiviti beli bungkus memanjang je....nasi lemak ni,...dari sarapan pagi merangkap hingga kemalam,...malas nak memasak lagi....walau bagaimana pun,sedap juga dari air tangan sendiri.....walaupun lauk nya sempoi aje.... dan waktu sebelah petang,menggodek buat kek almond n orange pulak untuk buat minum petang...haaa dah kenyang dah tu....


Quote:



NASI LEMAK

bahan2
4 cawan beras [basuh n toskan]
2 cawan santan]- atau mengikut anggaran sendiri
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
garam secukupnya

Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun atau kangkung rebus.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan goreng sekejap jgn sampai garing]
2 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sedikit belacan ]
sedikit air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.


Quote:

Kek ni rasanya lembab,lembut,rasa almond dan harum berasa oren- c& p dari yummylicious-June...terima kasih pd empunya resipi kerana terhasilnye kek yg sgh menepati citarasa...sy sgh suka pd rasa kek ni...



Almond n orange cake

Bahan:

125gm butter
165gm gula
2 biji telur
1 cawan tepung gandum- sy guna tepung kek
1 sudu teh baking powder
30gm serbuk badam
125ml susu segar
2 sudu teh jus oren- sy letak 3 sudu teh
1 sudu makan parutan kuli oren



Cara:

pukul butter n gula hingga lembut. masukkan telur satu persatu, pukul. masukkan tepung n baking powder. pukul. masukkan serbuk badam, susu, jus oren n kulit oren, pukul rata. masukkan kedalam loyang beralas n bergris, bakar hingga masak.
akak bakar dengan suhu 180'c selama 30min.


Friday, 26-Dec-2008 14:27 Email | Share | | Bookmark
CHEESY CUP CAKES DAN LAUK PAUK.....

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:

Hari tu ronda2 kat fp kawan2.....singgah kat fp Amal,maka ternampak cheesy cup cakes,nampak macam sedap,sbb ada berintikan cheese, strawberry dan blueberry didalamnya....maka pd hari cuti,kita pun menggodeklah kat dapur....cheesy cc ni memang sedap dimakan masa tgh panas2 waktu baru keluar dari oven....betul kata Amal tu....kalau x percaya cubalah..... resepi ni pun pernah tengok kat blog zana,tapi kita c&p dr amal je...tima kasih pd empunya resepi.....


Quote:



Cheesy Cup Cakes

Bahan-bahan ( 12-15 biji )
200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
2 biji telur - dikocok
2 sk baking powder
60 g cream cheese
stawberry/blueberry filling

Cara-cara
Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.



**Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera


Quote:

Ini adalah hasil dari beberapa lauk pauk yang dimasak sepanjang minggu ni...xyah citer panjang lagi....jom layan dan jamu mata dgn lauk2 yg x seberapa ni....



Masak lemak cili padi pucuk ubi dgn udang

Bahan2:
1 ikat pucuk ubi (ambil pucuk yg lembut dan dibasuh/toskan)
udang kertas saiz sederhana (dibuang kepala dan dicuci)
cili padi - sy campur sedikit dgn cili merah
bawang merah
kunyit hidup
2 batang serai (diketuk)
santan kelapa
garam secukup rasa

Cara:
>Tumbuk atau kisar cili padi,bawang,kunyit hidup.
>Jerang santan didlm periuk bersama bahan kisar dan daun serai hingga mendidih sambil dikacau
>Masukkan pucuk ubi (biar lembut sedikit)sambil dikacau
>Masukkan udang,garam dan biarkan mendidih sekali lagi hingga masak.


Quote:

Kari ayam dgn kentang




Quote:

Sotong goreng kunyit dgn buncis




Quote:

Ikan cencaru sumbat belah belakang




Sunday, 21-Dec-2008 09:12 Email | Share | | Bookmark
PAI AYAM 'MELBOURNE' DAN KEK MARBLE PANDAN

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:

Nak citer sikit pasal resipi ni ye...jgn boring lak ye...takde citer lain,sesekali kita citer pasal sejarah resipi ni plk....hehehe.... Pai ayam Melbourne ni memang sedap...rasa macam pai kat AYAMAS tu, diambil dari resepi "SECUKUP RASA" KOLEKSI RESEPI PILIHAN NORA (penyanyi Nora) yang memang terkenal dengan resepi masakan nye tu..resepi ni dibukukan dengan harga yg bolih tahan juga...tebal juga buku ni.kedai buku tu siap bungkus dengan pelastik lagi buku ni....agaknye takut orang ramai selak,..tapi tak beli....olih sebab teringin sangat nak menengok resipi didalamnye..... kita pun belilah...mahal pun mahal lah,pejam mata je...janji dapat tengok puas hati....lagi pun bila difikirkan rasa tak rugi beli buku masakan,bolih digunakan olih anak2 akan datang,kalau disimpan dgn eloklah...Buku ni mengandungi himpunan resipi turun- temurun masakan pantai timur yg diperolehi dari ahli keluarga yg terdekat.Namun terdapat juga masakan ala Barat yg diperolehinya sewaktu beliau melancong keluar negara dan juga pelbagai tip dan petua.Panjang juga al-kisah resepi ni ye.... sesekali melalut.... ...meh kita kongsi resepi ni....nak taip resepi ni,yg malas ni....


Quote:



PAI AYAM 'MELBOURNE'
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")

BAHAN:
Untuk inti pai (filling)
1 cawam isi ayam- dihiri nipis
1 cawan cendawan butang- dipotong nipis
1 tin cendawan butang sup Campbell
1 tin(kecil) kacang pis (sekiranya suka)
1 biji bawang besar- dipotong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 cmb lada sulah
2 cmb mentega/minyak
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

UNTUK KULIT PAI (PASTRI) - Kita guna roti pratha jenama "kawan"
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 cmb air
atau
KULIT PASTRI SEGERA

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan mentega.Goreng bawang besar hingga kekuningan.masukan isi ayam dan biarkan seketika.
2.Masukan cendawan butang sup Campbell,ubi kentang,kacang pis,air dan lada sulah.Kacau hingga sebati.
3.Setelah masak,angkat san ketepikanseketika.
4.Canai kulit pai san letakan ia sebagai lapisan bawah(base)dan bakar se;ama 5-6 minit
5.Tuangkan isi pai yg dimasak tadi keatas base pai.
6.Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai tadi sebagai lapisan atas.
7.Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 cmt air utk mengilatkannya.
8.Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200'c.



TIPS:

*Nora galakan menguna kulit/pastri segera kerana ia senang dimasak.Sedap dan menjimatkan masa.Ia bolih dibeli dikedai biasa atau dipasar raya.
*Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
*Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa.Cukup dgn kulit diatas sahaja
*Sesuai juga utk beginner tetapi mesti ikut arahan dgn betul.


Quote:

Kek marble pandan ni plk,ambil resepi kat noreen-homecooking blogspot...tima kasih ye pd empunya resepi....



KEK MARBLE PANDAN

Bahan-bahan:
4 biji telur
100gm gula pasir
1 camb ovalette
25ml pati santan atau susu segar
50gm minyak jagung
100gm tepung gandum
1/2 camt garam
1/2 camt baking powder
1 camt pandan paste
1 camt pandan emulco
1 camt cokelat emulco

cara:

1. griskan tin kek dan lapikkan dengan kertas minyak. ketepikan
2. ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. ketepikan
3. pukul gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan sehingga rata
4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi dengan kelajuan yang maksimum sehingga kembang dan pekat
5. perlahankan kelajuan mixer pada tahap minimum dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga rata
6. masukkan minyak jagung dan pati santan/susu segar, gaulkan sehingga sebati
7. bahagikan adunan kepada dua bahagian
8. satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste dan emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
9. satu bahagian lagi dicampurkan dengan cokelat emulco sambil dikacau sehingga sebati. ketepikan
10. masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam tin kek
11. kemudian ambil chopstick buatkan beberapa pusingan
12. bakar pada suhu 180C selama 30min atau sehingga masak
13. setelah masak tutupkan switch oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
14. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan.


Saturday, 13-Dec-2008 18:32 Email | Share | | Bookmark
ROTI KERCA DAN KEK MARBLE TRIO

 
 
set roti kerca
View all 8 photos...
Quote:

Pada hari cuti selepas raya aidil adha hari tu...tekak terasa nak makan roti kerca pulak....memamg dah lama teringin nak buat,...resipi nya pun dah lama peram...tapi bila sampai waktu buat benda lain pulak...biasa lah tu...tapi resepi kuahnya kita pelbagaikan mengikut stok yg ada dirumah.mengikut dari resipi tu,roti kerca ni merupakan masakan orang Arab,sekali pandang macam laksam,tapi bukan,dan konsepnya macam juga pasta,tapi lain sikit,..tapi bahan2 rempah tumisannya lebih kurang sama je dgn masak kari,cuma kuah roti kerca bubuh tomato puri dan daging cincang.disebabkan tomoto puri dah kehabisan stok dan daging korban masih ada lagi,maka kita bubuh daging,kentang beserta santan kotak je...maka jadilah dia kari daging berkentang makan bersama roti kerca ni...nanti lain kali buat kuah ikut resipi ini pulak.....nak jadi Pak Arab plk....hehehe....resipi ni ambil dari majalah saji...panjang lebar plk beceloteh....nanti semput plk org nak baca....meh kita tengok resipi yg asal....


Quote:



ROTI KERCA
Sumber resipi- Azie & Syed Sobrie (majalah saji)

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serung.

BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat



UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.


Quote:

Kek marble trio ni pulak c&p dari blog CMG...tapi kita lapis seperti kek belang je...terlupa nak buat tompok2 kalor adunan semasa nak bubuh dalam loyang mcm CMG tu...kek ni memang lembut,gebu dan lembap terima kasih yg empunya resipi....


Quote:



KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence



CARA MEMBUATNYA

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU
:- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net