mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Sunday, 19-Oct-2008 02:19 Email | Share | | Bookmark
SUASANA RAYA LAGI.....

kek butter belang
Lontong
 
View all 7 photos...
Ini adalah serba sedikit hidangan mod raya yg tak berkesudahan lagi.....hari sabtu tu ada kawan nak datang rumah beraya....jadi buatlah hidangan yang sempoi je, ..sbb tak buat open house pun...tak larat...bila sesiapa yg nak datang,diorang bgtau dulu...jadi ini je lah hidangan yg mudah dan cepat dimasak.......lontong bersama sambal sotong,kek butter belang dan karipap segera yg order dgn kawan.kek butter belang ni pernah buat dulu...tapi ubah kalor versi belang choc emulco,strawbery paste dan warna asal...cantik juga..tp tak semeriah kalor yg ni.....kek ni mmg mudah dan ringkas membuatnya...rasa pun sedap gebu,ringan dan lembab....yg buat ini adalah kalor asal resipi.... kalor meriah sikit.....


Quote:


Kek Butter Belang by Chef Noraini (http://resipinoraini.blogspot.com)
(saiz loyang 8 X 8 X 3)
250gm butter
220 gula castor
4 butir telur gred A
220 tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila
50ml air
Pewarna hijau, kuning & merah

> Pukul mentega & gula hingga kembang
> Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati
> Masukkan esen vanila
> Masukkan tepung gandum yang telah diayak dgn baking powder & pukul sebati
> Masukkan air..gaul sebati
> Bahagikan kpd 3 bahagian (warnakan setiap bahagian dg pewarna)
> Sapukan loyang dgn mentega..senduk 1 bahagian hijau > kuning > merah...ulang proses sehingga habis adunan
> Bakar selama 45 min (panaskan oven 10 min sblm membakar)


DAH MASAK DIPOTONG2 & YG BELUM MASUK OVEN

Quote:





Sunday, 12-Oct-2008 02:07 Email | Share | | Bookmark
JOM BERAYA PULAK....

Hidangab laksa Johor
Hidangan nasi beriani
Hidangan laksa Pahang
View all 18 photos...
Jemu pulak asyik memasak je kat dapur....jom kita gi beraya pulak....cuci mata.... bulan ni,bulan raya kan....raya sakan lah dulu....
Petang sabtu...pergi beraya kerumah adik ipar dan anak buah diBangi Perdana, diBandar Baru Bangi...rumah diorang di kwsn yg sama...jadi senang lah,satu tempat,diaorang dah telipon awal2...lepas tu pergi pulak ke rumah adik ipar di Rasah Kemayan,Seremban 2......tahun ni diorang jemput keluarga makan2 serentak plk,kebetulan lah tu...sampai tengah malam baru balik...itu belum pergi open house rumah boss dan rumah kawan lagi...mmg tak dpt nak dipenuhi pun jemputan tu...masa nak pergi,...jalan punyalah sesak...tak dapat nak cakap...pasal orang diKL ni...selepas minggu pertama beraya dikampung...minggu kedua hari raya dan seterusnye akan membuat open house tak henti2...jalan sentiasa sesak....boring betul duduk dlm kereta berjam2 lama2nya...padahal tempat yg nak dituju tu,taklah jauh sangat...layan jelah ye gambar beraya yg tak seberapanye ni...sbb perut dah kekenyangan......



HIDANGAN LAKSA JOHOR (RUMAH ANAK BUAH)

HIDANGAN NASI BERIANI (RUMAH ADIK IPAR)

HIDANGAN LAKSA PAHANG (RUMAH ADIK IPAR)





TUAN RUMAH MELAYAN TETAMU (RUMAH ADIK IPAR)

KAUM BAPA TERSANDAR KEKENYANGAN (RUMAH ADIK IPAR)

BILA BERJUMPA SEPUPU...ANAK2 BERBORAK SAKAN (RUMAH ADIK IPAR)


KAKAK IPAR (RUMAH ADIK IPAR)

RUMAH ANAK BUAH


LONTONG DAN SPEGHETI (RUMAH ANAK BUAH)


Monday, 6-Oct-2008 13:30 Email | Share | | Bookmark
HARI RAYA KEDUA

 
 
 
View all 5 photos...
Pada hari raya kedua masak nasi tomato, ayam masak merah dan dalca...bila kelam kelibut sampai dalca terlupa pulak nak ambik gambar.Kek memang dah buat awal pada malam raya.hidangan untuk hari raya pertama masak kuah lodeh,rendang ayam,rendang daging dan lontong yg dimasak dgn daun pisang...tapi lontong tu oder dengan kawan,...memang sedap,sbb mak dan kakaknya memamg ambil tempahan tiap2 tahun...kita pun tumpang tiap2 tahun juga..... tapi hidangan hari raya pertama tak sempat ambil gambar....




NASI TOMATO (Resipi dari Hanieliza)
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato (pakai tomato puri)
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..




AYAM MASAK MERAH (Resipi Hanieliza)

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos (pakai tomato puri)

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.




Quote:

CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Misliha

Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur

Diayak :
250gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Cara-cara:
1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste.
3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 darj bergantung pada
oven masing-masing.

BUTTERCREAM COCO - SUMBER IDA BAKERY

buttercream coco - resepi asal wilton yang sudah diubai suai ikut tekak kita ya
125 gm shortening
125 gm butter
3/4 cawan serbuk coco
3 cawan gula icing
1 st esen vanila
3 st susu pekat manis...

caranya :
- pukul shortening, butter dan gula - sebati
- masukkan serbuk coco - pukul lagi
- masukkan gula - pukul
- masukkan vanila + susu pekat manis - pukul hingga sebati
- simpan dlm bekas kedap udara

note : bc nie tahan lama tau, leh simpan dalam petiais, lagi lama lagi sedap baunya harum...kalau suka leh guna serbuk coklat cuma mahal lee . selain dari wat basket leh sapu atas roti hotdog tu tau..




Quote:

KEK COKELAT LEMBAB
Sumber: Mektie fp

Bahan buat Cake:
1 1/2 Cawan Tepung Gandum Serba Guna.
1 sudu teh Sodium Bicarbonate soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter/marjerin pun boleh
1 1/4 Gula castor atau gula halus.
3 Oz Serbuk Koko
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur grade A
1 cawan susu (kita bancuh susu tepung nespray aje atau fernleaf)

INTI TENGAH UNTUK LAPISAN
3 - 3 1/4 Cawan gula Icing
1/3 cawan susu
1/4 cawan butter
2 oz serbuk koko (Cairkan 2 petak cooking cokelat pun boleh)
2 sudu teh esen vanila
1/4 susu teh garam

Caranya:
Panaskan oven 175'C. Griskan atau lebih baik alas baking paper atas acuan bulat ukuran 9" atau satu acuan saja saiz 13 x 9".
Kemudian ayak gandum,soda bicarbonate dan garam dalam mangkuk. Dalam mixing bowl pukul Butter dan gula castor sekejap sehingga rata kemudian masukkan serbuk koko dan esen vanila dan pukul lagi anggaran 5 minit . Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji pukul rata. Kemudian masukkan tepung (semua yang diayak tu) berselang seli dengan air susu kacau rata sehingga habis.Lepas tu tuangkan adunan dlm acuan dan bakar hingga masak lebih kurang 25-30 minit atau bila cucuk cake tester tak melekat
barulah masak.

Untuk buat lapisan senang aje:
Pukul butter dan gula icing sekejap kemudian masukkan koko,susu ,garam dan vanila esen dan pukullah sehingga adunan ini jadi sebati, rasa ringan dan berkerim. Kemudian lapiskan atas kek dan klu byk blh sapukan luar kek sekali takyah buat topping.

Untuk kek ini saya buat Fudge topping:
150gm coklat masakan
90 gm whipping cream
30 gm mentega
2 sudu besar gula.

Caranya:
Campurkan semua bahan didalam kuali kecil atau mangkuk cairkan dengan teknik double boil.Pukul atau kacau rata bila ianya tlh cair agar jadi sebati. Curahkan atas kek.


Thursday, 25-Sep-2008 05:23 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN........

 
 
 
View all 7 photos...
Dihari yang mulia ini kita mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakan2 siber dialam maya ini....jika ada perkataan yang menyinggong perasaan dan naluri kawan2 semua....dan juga ada kata2 gurauan,untuk menambahkan kecerian.....walaupun ada diantara kita yang tak pernah bersua muka....dan hanya melafazkan kata2 melalui alam maya ini.....tapi kita tetap mesra sebagai sahabat sampai bila2.....kita banyak berkongsi ilmu dan banyak kenangan indah yang terpahat dilipatan hati kita melalui alam ini....dengan hadhirnya rakan2 dialam ini terasa kehidupan kita bertambah ceria dihari2 mendatang.....



Buat rakan2 semua yg berkunjung di sini,sudilah kiranya mengambil kad raya yang diatas ini untuk digantung dirumah masing2 ye....


Disini adalah serba sedikit hasilan biskut raya yg mudah2 saja..kita buat yg senang2 aje...main kepal2 ....nak cepat siap.kalau terasa rajin nanti,rasa nak buat lagi satu atau dua jenis...itu pun kalau rajin lah.......

Quote:


Choc.Chip Spotties
Sumber : leen (Rn) Resipi ini copy dari fp maklang azie...tima kasih maklang

Bahan
150g butter
130g gula halus
1 biji telur
1sk vanila

Bhn ayak
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/4 garam

Bahan B
100g white cooking choc. - didadu kecil (tak masuk pun)
3/4 cwn choc.chip
2 cwn cornflakes (blend - jgn halus sangat) (maklang ganti ngan bijirin nestum aje....takyah blend)
1/4 cwn badam cincang

Cara
Pukul A hingga gebu
Masukkan telur dan esen vanila
Masukkan adunan yg diayak
Masukkan bhn B, gaul rata (adunan memang lembik - gunakan sudu aje)
Letakkan adunan guna sudu kecil atas tray
Bakar suhu 150 selama 15' (mklang bakar suhu 175 selama 12' )

nota maklang : biskut ni mengembang jadi jarakkan adunan setiap satu..buat kecik sebesar duit seposen. ..dah masak biarkan sejuk baru rangup...keesokkan harinya lagiii rangup...krup krap..


Quote:


Biskut Semperit
Sumber : norazie

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit.
6. Untuk pancitan coklat/putih, pancitkan setelah biskut masak dan sejuk.


Quote:

Ini pun biskut samperit 1/2 dari adunan yg sama ,tapi buat dgn acuan yang lain



Quote:



Coklat Chips Rangup
Sumber : kakliza

Bahan-bahan
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati


Quote:



Biskut ini ambil dari resepi buku....nanti tempek resepi kemudian ye....


Saturday, 20-Sep-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
RAMADHAN KE 20....DAN DAPAT HADIAH & KAD RAYA..TERIMA KASIH.....

 
 
 
salam semua.....
Tinggal 10 hari lagi kita berada dibulan yg mulia ini....pejam celik,pejam celik....dah 20 hari berpuasa. sekejap sesangat rasanya masa berlalu..dah penghujung ni,rasa malas je nk jadi ahli dapur ni..... kalau bolih nk menu tunjuk2 je kat PARAM tu...hari keje mmg dah jadi kewajipan lah....


Quote:



SIAKAP TIGA RASA
Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap - disiang dan dibersihkan
sedikit garam
sedikit tepung jagung
sedikit cili kering (dimesin)
3 biji buah tomato - dipotong dadu
2 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
1/3 biji nenas dipotong dadu
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam
1 biji capsicum mearh dipotong dadu
5 sudu besar minyak untuk menumis
4 cawan minyak untuk menggoreng (agak-agak tertutup saiz ikan)
bahan hiasan - sedikit daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Cara Memasak
1. lumurkan ikan dengan garam dan tepung jagung. Panaskan minyak dalam kuali, goreng sehgingga garing. Angkat, toskan dan hidangkan didalam pinggan.
2. panaskan minyak didalam kuali, tumiskan cili kering yg dimesin,bawang besar, bawang putih, halia, dan tomato sehingga naik bau.
3. masukkan air, sos cili dan tomato, capsicum dan nenas.
4. masakkan sehingga agak pekat, masukkan garam dan guila.
5. setelah masak, angkat dan tuangkan keatas ikan.
6. hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Ikan siakap ni,husben yg gi pancing kat kolam ikan berbayor diSg.Buluh nun...bukan tangkap kat laut...itu adalah satu2 hobi nya....tak leh nak buat apa...katanya... kalau tengok ikan ni,hilang segala tension....hati tenang setenang ikan diair ....layan je lah.... ...dah siap disiangnya dan dicuci dgn asam ...tinggal nak masak je.....tau takpe.... sonang den....




Ini adalah hadiah dari sofie-fiza fotopages...tapi fp kita ni tak paling gila best lahhh fiza....tima kasih Fizah dan nak kongsi hadiah ni dgn kawan2 yg dtg jengok kat sini...sesiapa yg minat blh ambik dan gantung kat umah buat koleksi ye.....



1.Ini pula kad raya dari anak dara yang rajin masak2 dan rajin update fp....jgn marah ye zira.... tima kasih atas ingatan Zira pada akak....


2.Ini kad raya dari Zaiy...yg beraya diperantauan....Dubai...t.kasih zaiy


3.Ini kad raya dari bungaros Oman....yg beraya diperantauan juga...Oman


4.Ini kad raya dari siti faridah...terima kasih siti......


5.Ini kad raya dari Rozamy.....terima kasih Amy......


6.Ini kad raya dari zai kulim...yg tak lama lagi nak jadi ibu


7.kad raya dari Shariza...terima kasih


Ini kad raya dari kaklin galery....terima kasih Lin atas ingatan mu itu....


8.Kad raya dari Mektie fp....terima kasih k.yati


9.Kad raya dari Puteri fp....terima kasih Puteri


10.kad raya dari Jasmeen...tima kasih meen


11.kad ray dari Maklang ulam pegaga....tima kasih maklang


12.Kad raya dari Rinzura....tima kasih


13.Ini kad raya dari kaklin galery....terima kasih Lin atas ingatan mu itu....


14.kad raya dari mamasya (Ziela)


15.Kad raya dari mamafami


16.kad raya dari k.Liza


17.kad raya dari Che Pah


18.kad raya dari Qaseh hidayah


19.kad raya dari inassaly


20.kad raya dari Masriyah


21.kad dari Aisyah@ummi Aqil


22.kad dari Lynnhassan


23.kad dari Misscreative


24.kad dari Shima UK


25.kad dari Nur (Nurfikas)Singapore


26.kad dari Niza (mamahaikal)


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net