mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-Sep-2008 23:09 Email | Share | | Bookmark
14 Ramadhan - masakkan yang mudah dan ceria....

 
 
 
View all 4 photos...
SALAM SEMUA......

Diam tak diam, Ramadhan dah melabuhkan tirainya yg ke 14 hari ini.Menu yang mudah dan menjimatkan masa pulak yg dicari hari ini.Selalunya kalau dah pertengahan Ramadhan ni,idea pun dah kering.... : Jom kita tengok masakkan yang menjimatkan masa dan tak meragamkan perut pulak.....dan anak2 pun bolih makan...masakkan udang masak jintan manis,sup cap cai dan pemanis mulut lompat tikam,(menu tradisi belah timur)


Quote:



UDANG MASAK JINTAN MANIS- Resipi majalah selera ikhlas VIP
Bahan2
l kg udang besar
3 biji kentang - dihiris nipis dan digoreng
1 biji bawang bombay- dihiris kasar (1/2 biji sy blend bersama ramuan dibwah))
2 biji cili merah
1/2 inchi halia
1/2 inchi kunyit hidup
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
jintan manis dan lada hitam- ditumbuk halus
2 biji tomato - dipotong (x de stok)

Cara:
1.Kisar halia,kunyit,bawang putih,bawang merah & 1/2 bawang bombay hingga halus dan tumis hingga garing.
2.Masukkan udang,cili merah,1/2 bawang bombay.(kacau sebentar spy udang masak).
3Masukkan tomato yg telah dipotong.
4.Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoring tadi.
5.Kacau sebentar,angkat dan sedia dihidangkan.


Quote:



SUP SAYUR CAP CAI
Bahan2
500 ml stok ayam (sy taruh kiub ayam atau stok ayam magie je)
1 biji kentang (dibelah empat)
1/2 biji lobak merah (dihiris)
8 biji cendawan hitam (direndam & ditos)
1 keping fucuk (dipatah2,& direndam,ditos)
sepeket fish ball (dibelah dua)
beberapa btg sawi hijau
suhun secukupnya
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa.
**NOTE:jika tak ada stok ayam,mesti taroh air secukupnya.
Cara:
1.Tumis bawang merah dan bwg putih hingga wangi.
2. masukkan stok ayam atau air secukupnya + kiub ayam maggie.
3.Masukkan kentang,dan didihkan sehingga empuk.
4.Masukkan sayur2an,biarkan masak.
5.Kemudian masukkan bahan2 kering yg telah direndam dan .Didihkan beberapa minit sambil dikacau.
6.Akhir sekali perasakan dgn garam,


Quote:



LOMPAT TIKAM - Sumber resipi dari majalah
Bahan-bahan A:
1 cawan tepung beras
2 cawan air daun pandan
Bahan-bahan B
1/2 cawan pulut
1 cawan santan jika suka
pewarna merah jika suka
garam secukupnya
Bahan-bahan C:
1/2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
1.Campurkan semua bahan A.Masakkan diatas api yang kecil sehingga masak.Sejukkan sebelum dipotong.
2.Rendam pulut semalaman,esonya kukus bersama santan dan letak sedikit garam ikut suka (kalau suka warna merah letak sikit pewarna)
3.Masakkan semua bahan C sehingga pekat.
4.Hidangkan semua bahan-bahan bersama gula merah.


Pemanis mulut ni adalah my feberet.....dgn warnanya yang ceria dan menepati citarasa.....tapi anak2 jika pelik sikit je tak suka....


Monday, 8-Sep-2008 21:49 Email | Share | | Bookmark
MENU RAMADHAN KE 7

 
 
 
View all 4 photos...
Ini adalah hidangan Ramadhan ke 7 yg dimasak sendiri....hari keje menjelajah ka PARAM aje......pergi ke PARAM ni rambang mata....kadang2 tak tahu apa yg nak dibeli.....dirumah ni waktu berbuka menu wajib makan nasi....waktu sahur plk makan yg ringan2 aje...mcm mee,burger atau roti bakar....diorang kata tak lalu nak makan nasi lepas bangun tidor...termasuk lah kita sekali.......mmg dah biasa....













Thursday, 4-Sep-2008 14:11 Email | Share | | Bookmark
MENU BERBUKA PUASA YG RINGKAS

 
 
 
View all 6 photos...
Menu ni adalah diantara menu2 dihari puasa....disebabkan kesibukan dan fp yg meragam baru2 ni,maka peram dulu gambar2....skrg dah ok,masa pula terhad....faham2 ajelah bln posa ni..... bila waktu keje, menu main tunjuk2 aje kat kantin opis (nasib baik kantin ada jual lauk pauk) masakannya pun bolih tahan juga sedap atau beli kat bazar ramadhan disekitar Tmn Melawati yg dekat dgn rumah,tp pening kepala penuh sesak , itu yg tak tahan tu....sbb di situ tmpt tumpuan orang ramai... masak bila rajin dan hujung minggu aje.....



Ayam masak kicap ni versi campak2 aje (yg ringkas)...takyah resepi pun tak pe kan...kat link sebelah ada resipinya yg asal...



jering ni diberi olih kawan asben,sesekali asben suka makan petai atau pun jering...katanya bolih jadi ubat ...saya suka yg dimasak sahaja,yg mentah tak bolih masuk..cam kelat, tp berkhasiat....
sambal jering ikan bilis ni masak mcm buat sambal goring biasa.Jering ni dikupas kulit dan dihiris2 kemudian digoring,kemudian goring ikan bilis pula,ketepikan. cili merah + cili padi sikit +bawang merah atau bwg besar dimesin,kemudian tumis cili mesin td hingga garing sikit kemudian masukkan jering & ikan bilis goring dan gaul hingga rata.



Resipi ini copy dari Nurkas fp...terima kasih Nur...... tapi tak cantik mcm Nur buat....

Tahu Isi

Bahan Bahan

6 keping tahu ukuran 7x 7
100 gm daging ayam yang di cincang
75 gm udang yang di cincang
3 batang daun kucai di potong 1 cm
1/2 sudu teh garam
1/4 lada sulah
1 biji telur di pukul ringan
Minyak untuk menggoreng

Cara Cara

1. Tahu di potong dua dan melintang.

2. Keluarkan isi tengah tahu tadi.

3. Tahu itu di lecek halus dan campurkan bersama udang dan ayam
cincang tadi.

4. Masukkan daun kucai, garam, lada sulah dan telur (Nur tambahkan kicap cair sedikit).

5. Sumbatkan inti tadi ke dalam tahu yang dikeluarkan isi nya.

6. Di goreng dalam minyak yang penuh hingga kekuningan.

* Tahu ini boleh di cicah dengan cili sos...sedap di makan ketika panas.*



Cempedak goreng ni asben yg tlg masak....buah cempedak ni diberi olih jiran yg diambil kat kampungnya diBatu Pahat,Johor,manis sgh cempedak ni ....



Bubur ni menu tunjuk2 beli kat bazar Ramadhan....sy suka makan bubur ni yg dibuat dari tepung pulut...makan sorang2....semua org tak suka....kalau masak pun tak pulang modal.....



SELAMAT MEMASAK UNTUK BERBUKA POSA......


Tuesday, 2-Sep-2008 05:44 Email | Share | | Bookmark
TAG RAMADHAN DARI KAWAN2

TAG DARI UMIEAISYAH




TAG DARI MAMASYA



A.Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin,Mamasya,Umieaisyah,Jasmeen,dapurimpian....

b. Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me,Mamasya,Umieaisyah,Jasmeen ,dapurimpian.....

Ni Arahan Nya…
Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url dapurimpian Kat AtasTuh...
Tag di terima dari Umieaisyah , Mamasya dan Jasmeen. Nak kongsi Tag Ni dgn kawan-kawan iaitu;
***kawan2 pilihlah nak sambung dari A atau B link Tag Ramadhan ni...

1.Ellianas cake lover- Penang
2.Zai@Umiaiman
3.Damira
4.Mektie
5.Madiha


TAG DARI JASMEEN




Terima kasih meen kerana ingat kat akak.....


Saturday, 30-Aug-2008 18:46 Email | Share | | Bookmark
RENDANG DAGING DAN PEGEDIL KENTANG & BUTTER CAKE

 
 
 
Hari ini rajin sikit nak masak rendang & pegedil dan sebelah petang tekak rasa nak makan butter cake yg plain pulak....sebab dah nak puasa kan.... tekak pun merapu-rapu lah..tapi kali ni buat butter cake,tak berapa gebu lah pulak,tak tahu kenapa...Selalu buat,bakar dlm cup saja,memang gebu habis...suka makan panas2....sedapnya....tapi hari ni frust,sbb tak berapa gebu....resipi ini copy dari http://umi-kal fotopages .t.kasih pada empunya resipi.



RENDANG DAGING

Bahan-bahan :
1 kilo daging lembu, dipotong kiub
santan secukupnya
Kerisik secukupnya
3 helai daun kunyit, disiat dua dan disimpul
Garam secukup nya

Bahan kisar:
12 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
10 tangkai cili kering, direbus dahulu
Air secukupnya utk mengisar

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kisar dlm kuali
2. Masukkan daging.
3. Kecutkan air daging bersama bahan kisar tadi.
4. Masukkan santan. Terus kacau dan biar hingga kuah pekat.
5. Masukkan kerisik dan kacau rata.
6. Masukkan daun kunyit dan masak sehingga kuah naik minyak.





PEGEDIL KENTANG

Bahan-bahan
1 kilo kentang dikupas kulit,dibelah2 & di goreng dan tumbuk lumat
150gm daging kisar
300gm bawang goreng.
3 tangkai daun sup-dihiris
3 butir telur
sedikit lada sulah dan garam
minyak utk mengoreng

Cara-cara
-Satukan kesemua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
-Jadikan bentuk bebola dan nipiskan sedikit bahagian tengahnya.
-Celupkan kedalam telur yg telah dipukul
-Dan goreng atas api yg perlahan hingga kekuningan.





Quote:

BUTTER CAKE

Bahan2 nya
5 biji telur
250 g pure butter
250 gula halus
250 g tepung gandum di ayak bersama 1 susu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
4 sudu besar fresh milk

Cara nya
Butter di pukul bersama gula sampai kembang
masukan telur satu persatu, pukul lagi,
masukan vanilla dan fresh milk dan kacau, kemudian masukan tepung
sedikit demi sedikit, sampai habis,
Bakar selama 40 min atau sehingga cake masak
dalam oven kepanasan 170 - 180 deg



[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net