mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jul-2008 10:28 Email | Share | Bookmark
Rainbow Marble Pudding [blackmore]

1 bks warna terpekat
1 bks warna yg cikit lembut
dah dipotong2
 
 
Hari ni kita buat Rainbow marble pudding [Blackmore] 2 adunan untuk dibawa kerumah SIL di Seremban2 kerana ada khenduri dirumahnya...resepi ni kita ambil dari sifu masakan kita http://hanieliza.fotopages.com/?entry=1119922 terima kasih k.Liza kerana share resepi di sini...satu adunan tu kita buat tertumpah warna lak......


dah dipotong2











Rainbow Marble Pudding [blackmore]
[sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir (kita guna 400 gm)
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

...Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net