mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Aug-2008 09:14 Email | Share | Bookmark
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE DAN VANILA FLAN & JELLY RASPBERRY

 
 
 
 
 
 
Kek ni dah lama niat terpendam nak membuatnya...baru kesampaian,creeme cheese dah lama beli....simpan dulu...kat fp kawan2,rasa nya dah lama musim kek ni berlalu...yg terbaru dilihat kat fp http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1609531 sebab Rinn kata dia dah buat kek ni kali ketiga...dah tak bolih tahan tengok kat fp rinn ni.... kita copy je kat fp Rinn,terima kasih Rinn & yg empunya resipi...... disamping tu buat vanila flan & jelly raspberry...ilham dari sifu http://lynnhassan.fotopages.com/ terima kasih Lynn.....


Quote:




CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.





VANILA FLAN

60g vanila flan
500ml fresh milk

masak sampai mendidih, tuang dlm individu bekas, biar sekejap, dah sejuk curah dgn jelly strawbery (resepi ni ada dibelakang kotak jeli strawberry NONA )

flan ni rasa dia seakan-akan dadih sikit....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net