mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Aug-2008 18:46 Email | Share | Bookmark
RENDANG DAGING DAN PEGEDIL KENTANG & BUTTER CAKE

 
 
 
Hari ini rajin sikit nak masak rendang & pegedil dan sebelah petang tekak rasa nak makan butter cake yg plain pulak....sebab dah nak puasa kan.... tekak pun merapu-rapu lah..tapi kali ni buat butter cake,tak berapa gebu lah pulak,tak tahu kenapa...Selalu buat,bakar dlm cup saja,memang gebu habis...suka makan panas2....sedapnya....tapi hari ni frust,sbb tak berapa gebu....resipi ini copy dari http://umi-kal fotopages .t.kasih pada empunya resipi.



RENDANG DAGING

Bahan-bahan :
1 kilo daging lembu, dipotong kiub
santan secukupnya
Kerisik secukupnya
3 helai daun kunyit, disiat dua dan disimpul
Garam secukup nya

Bahan kisar:
12 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
10 tangkai cili kering, direbus dahulu
Air secukupnya utk mengisar

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kisar dlm kuali
2. Masukkan daging.
3. Kecutkan air daging bersama bahan kisar tadi.
4. Masukkan santan. Terus kacau dan biar hingga kuah pekat.
5. Masukkan kerisik dan kacau rata.
6. Masukkan daun kunyit dan masak sehingga kuah naik minyak.





PEGEDIL KENTANG

Bahan-bahan
1 kilo kentang dikupas kulit,dibelah2 & di goreng dan tumbuk lumat
150gm daging kisar
300gm bawang goreng.
3 tangkai daun sup-dihiris
3 butir telur
sedikit lada sulah dan garam
minyak utk mengoreng

Cara-cara
-Satukan kesemua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
-Jadikan bentuk bebola dan nipiskan sedikit bahagian tengahnya.
-Celupkan kedalam telur yg telah dipukul
-Dan goreng atas api yg perlahan hingga kekuningan.





Quote:

BUTTER CAKE

Bahan2 nya
5 biji telur
250 g pure butter
250 gula halus
250 g tepung gandum di ayak bersama 1 susu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
4 sudu besar fresh milk

Cara nya
Butter di pukul bersama gula sampai kembang
masukan telur satu persatu, pukul lagi,
masukan vanilla dan fresh milk dan kacau, kemudian masukan tepung
sedikit demi sedikit, sampai habis,
Bakar selama 40 min atau sehingga cake masak
dalam oven kepanasan 170 - 180 deg



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net