mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Sep-2008 23:09 Email | Share | Bookmark
14 Ramadhan - masakkan yang mudah dan ceria....

 
 
 
 
SALAM SEMUA......

Diam tak diam, Ramadhan dah melabuhkan tirainya yg ke 14 hari ini.Menu yang mudah dan menjimatkan masa pulak yg dicari hari ini.Selalunya kalau dah pertengahan Ramadhan ni,idea pun dah kering.... : Jom kita tengok masakkan yang menjimatkan masa dan tak meragamkan perut pulak.....dan anak2 pun bolih makan...masakkan udang masak jintan manis,sup cap cai dan pemanis mulut lompat tikam,(menu tradisi belah timur)


Quote:



UDANG MASAK JINTAN MANIS- Resipi majalah selera ikhlas VIP
Bahan2
l kg udang besar
3 biji kentang - dihiris nipis dan digoreng
1 biji bawang bombay- dihiris kasar (1/2 biji sy blend bersama ramuan dibwah))
2 biji cili merah
1/2 inchi halia
1/2 inchi kunyit hidup
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
jintan manis dan lada hitam- ditumbuk halus
2 biji tomato - dipotong (x de stok)

Cara:
1.Kisar halia,kunyit,bawang putih,bawang merah & 1/2 bawang bombay hingga halus dan tumis hingga garing.
2.Masukkan udang,cili merah,1/2 bawang bombay.(kacau sebentar spy udang masak).
3Masukkan tomato yg telah dipotong.
4.Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoring tadi.
5.Kacau sebentar,angkat dan sedia dihidangkan.


Quote:



SUP SAYUR CAP CAI
Bahan2
500 ml stok ayam (sy taruh kiub ayam atau stok ayam magie je)
1 biji kentang (dibelah empat)
1/2 biji lobak merah (dihiris)
8 biji cendawan hitam (direndam & ditos)
1 keping fucuk (dipatah2,& direndam,ditos)
sepeket fish ball (dibelah dua)
beberapa btg sawi hijau
suhun secukupnya
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa.
**NOTE:jika tak ada stok ayam,mesti taroh air secukupnya.
Cara:
1.Tumis bawang merah dan bwg putih hingga wangi.
2. masukkan stok ayam atau air secukupnya + kiub ayam maggie.
3.Masukkan kentang,dan didihkan sehingga empuk.
4.Masukkan sayur2an,biarkan masak.
5.Kemudian masukkan bahan2 kering yg telah direndam dan .Didihkan beberapa minit sambil dikacau.
6.Akhir sekali perasakan dgn garam,


Quote:



LOMPAT TIKAM - Sumber resipi dari majalah
Bahan-bahan A:
1 cawan tepung beras
2 cawan air daun pandan
Bahan-bahan B
1/2 cawan pulut
1 cawan santan jika suka
pewarna merah jika suka
garam secukupnya
Bahan-bahan C:
1/2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
1.Campurkan semua bahan A.Masakkan diatas api yang kecil sehingga masak.Sejukkan sebelum dipotong.
2.Rendam pulut semalaman,esonya kukus bersama santan dan letak sedikit garam ikut suka (kalau suka warna merah letak sikit pewarna)
3.Masakkan semua bahan C sehingga pekat.
4.Hidangkan semua bahan-bahan bersama gula merah.


Pemanis mulut ni adalah my feberet.....dgn warnanya yang ceria dan menepati citarasa.....tapi anak2 jika pelik sikit je tak suka....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net