mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Sep-2008 05:23 Email | Share | Bookmark
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN........

 
 
 
 
 
 
 
Dihari yang mulia ini kita mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakan2 siber dialam maya ini....jika ada perkataan yang menyinggong perasaan dan naluri kawan2 semua....dan juga ada kata2 gurauan,untuk menambahkan kecerian.....walaupun ada diantara kita yang tak pernah bersua muka....dan hanya melafazkan kata2 melalui alam maya ini.....tapi kita tetap mesra sebagai sahabat sampai bila2.....kita banyak berkongsi ilmu dan banyak kenangan indah yang terpahat dilipatan hati kita melalui alam ini....dengan hadhirnya rakan2 dialam ini terasa kehidupan kita bertambah ceria dihari2 mendatang.....



Buat rakan2 semua yg berkunjung di sini,sudilah kiranya mengambil kad raya yang diatas ini untuk digantung dirumah masing2 ye....


Disini adalah serba sedikit hasilan biskut raya yg mudah2 saja..kita buat yg senang2 aje...main kepal2 ....nak cepat siap.kalau terasa rajin nanti,rasa nak buat lagi satu atau dua jenis...itu pun kalau rajin lah.......

Quote:


Choc.Chip Spotties
Sumber : leen (Rn) Resipi ini copy dari fp maklang azie...tima kasih maklang

Bahan
150g butter
130g gula halus
1 biji telur
1sk vanila

Bhn ayak
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/4 garam

Bahan B
100g white cooking choc. - didadu kecil (tak masuk pun)
3/4 cwn choc.chip
2 cwn cornflakes (blend - jgn halus sangat) (maklang ganti ngan bijirin nestum aje....takyah blend)
1/4 cwn badam cincang

Cara
Pukul A hingga gebu
Masukkan telur dan esen vanila
Masukkan adunan yg diayak
Masukkan bhn B, gaul rata (adunan memang lembik - gunakan sudu aje)
Letakkan adunan guna sudu kecil atas tray
Bakar suhu 150 selama 15' (mklang bakar suhu 175 selama 12' )

nota maklang : biskut ni mengembang jadi jarakkan adunan setiap satu..buat kecik sebesar duit seposen. ..dah masak biarkan sejuk baru rangup...keesokkan harinya lagiii rangup...krup krap..


Quote:


Biskut Semperit
Sumber : norazie

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit.
6. Untuk pancitan coklat/putih, pancitkan setelah biskut masak dan sejuk.


Quote:

Ini pun biskut samperit 1/2 dari adunan yg sama ,tapi buat dgn acuan yang lain



Quote:



Coklat Chips Rangup
Sumber : kakliza

Bahan-bahan
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati


Quote:



Biskut ini ambil dari resepi buku....nanti tempek resepi kemudian ye....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net