mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Oct-2008 13:30 Email | Share | Bookmark
HARI RAYA KEDUA

 
 
 
 
 
Pada hari raya kedua masak nasi tomato, ayam masak merah dan dalca...bila kelam kelibut sampai dalca terlupa pulak nak ambik gambar.Kek memang dah buat awal pada malam raya.hidangan untuk hari raya pertama masak kuah lodeh,rendang ayam,rendang daging dan lontong yg dimasak dgn daun pisang...tapi lontong tu oder dengan kawan,...memang sedap,sbb mak dan kakaknya memamg ambil tempahan tiap2 tahun...kita pun tumpang tiap2 tahun juga..... tapi hidangan hari raya pertama tak sempat ambil gambar....




NASI TOMATO (Resipi dari Hanieliza)
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato (pakai tomato puri)
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..




AYAM MASAK MERAH (Resipi Hanieliza)

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos (pakai tomato puri)

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.




Quote:

CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Misliha

Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur

Diayak :
250gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Cara-cara:
1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste.
3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 darj bergantung pada
oven masing-masing.

BUTTERCREAM COCO - SUMBER IDA BAKERY

buttercream coco - resepi asal wilton yang sudah diubai suai ikut tekak kita ya
125 gm shortening
125 gm butter
3/4 cawan serbuk coco
3 cawan gula icing
1 st esen vanila
3 st susu pekat manis...

caranya :
- pukul shortening, butter dan gula - sebati
- masukkan serbuk coco - pukul lagi
- masukkan gula - pukul
- masukkan vanila + susu pekat manis - pukul hingga sebati
- simpan dlm bekas kedap udara

note : bc nie tahan lama tau, leh simpan dalam petiais, lagi lama lagi sedap baunya harum...kalau suka leh guna serbuk coklat cuma mahal lee . selain dari wat basket leh sapu atas roti hotdog tu tau..




Quote:

KEK COKELAT LEMBAB
Sumber: Mektie fp

Bahan buat Cake:
1 1/2 Cawan Tepung Gandum Serba Guna.
1 sudu teh Sodium Bicarbonate soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter/marjerin pun boleh
1 1/4 Gula castor atau gula halus.
3 Oz Serbuk Koko
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur grade A
1 cawan susu (kita bancuh susu tepung nespray aje atau fernleaf)

INTI TENGAH UNTUK LAPISAN
3 - 3 1/4 Cawan gula Icing
1/3 cawan susu
1/4 cawan butter
2 oz serbuk koko (Cairkan 2 petak cooking cokelat pun boleh)
2 sudu teh esen vanila
1/4 susu teh garam

Caranya:
Panaskan oven 175'C. Griskan atau lebih baik alas baking paper atas acuan bulat ukuran 9" atau satu acuan saja saiz 13 x 9".
Kemudian ayak gandum,soda bicarbonate dan garam dalam mangkuk. Dalam mixing bowl pukul Butter dan gula castor sekejap sehingga rata kemudian masukkan serbuk koko dan esen vanila dan pukul lagi anggaran 5 minit . Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji pukul rata. Kemudian masukkan tepung (semua yang diayak tu) berselang seli dengan air susu kacau rata sehingga habis.Lepas tu tuangkan adunan dlm acuan dan bakar hingga masak lebih kurang 25-30 minit atau bila cucuk cake tester tak melekat
barulah masak.

Untuk buat lapisan senang aje:
Pukul butter dan gula icing sekejap kemudian masukkan koko,susu ,garam dan vanila esen dan pukullah sehingga adunan ini jadi sebati, rasa ringan dan berkerim. Kemudian lapiskan atas kek dan klu byk blh sapukan luar kek sekali takyah buat topping.

Untuk kek ini saya buat Fudge topping:
150gm coklat masakan
90 gm whipping cream
30 gm mentega
2 sudu besar gula.

Caranya:
Campurkan semua bahan didalam kuali kecil atau mangkuk cairkan dengan teknik double boil.Pukul atau kacau rata bila ianya tlh cair agar jadi sebati. Curahkan atas kek.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net