mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Oct-2008 11:10 Email | Share | Bookmark
RENDANG KERANG DAN ALA2 TAMAN DIHALAMAN.....

 
 
 
 
 
 
 
Rendang kerang ni dimasak pada hari cuti...untuk menukar selera pada bulan syawal ni yang selalu makan lauk berasaskan daging saja.Rendang kerang ni dah lama tak masak...bila makan sesekali lauk ni,terasa pulak keenakkannya.....Resipi ini telah diolah mengikut citarasa sendiri.....

Quote:


RENDANG KERANG- Sumber Resipi.my
Bahan-Bahan
1 1/2 kilo kerang
cili padi & cili merah(tambahan)*
sedikit kunyit hidup (tambahan)*
7 biji bawang merah
3 batang serai (diketuk)
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 helai daun kunyit (dihiris)
1 helai daun limau purut
1 paket rempah daging dan ayam adabi*(x taruh)
2 cawan santan pekat
1/4 cawan air
1 paket kerisik (RM0.60)
2tbsp cili boh*(x taruh)
1 keping asam keping
garam dan gula secukupnya
Cara Memasak
Rebus kerang, tos dan kopek ambil isinga.Kisar cili,bawang,kunyit hidup.
masukkan isi kerang dalam kuali. Masukkan semua sekali bahan-bahan kisar,(kecuali kerisik). masak sampai kuah pekat dan hampir kering.Kemudian masukkan kerisik dan kacau sebati.
Cadangan Masakan
Taburkan dgn bawang goreng dan daun ketumbar.
Makan dengan bubur nasi sedap tau!!!


Jom kita cuci mata pula melihat pokok bunga yg ditanam dihalaman rumah...memandang kehijauan daun2 ni...satu terapi dan menyegarkan mata.....tapi penanaman pokok2 bunga dan bab belek membelek pokok ni kebanyakkannya dilakukan olih asben....depa yg terajin.....



UNTUK RUJUKAN PADA AMAL HAYATI DAN KAWAN2 YG BERTANYA....INI ADALAH GAMBAR BAJA UTK PENYUBURAN DAUN DAN BUNGA...CARA2 PENGGUNAAAN ADA TERTULIS DI BLKG PEK.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net