mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Oct-2008 02:54 Email | Share | Bookmark
LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED & CUPCAKES

 
 
 
 
 
 
 
 
Lemon Rosemarry chicken grilled ni adalah projek tertangguh...dah lama nak buat.......mana nak tahan asyik jamu mata je......Rosemarry chicken ni diantara yg popular kat dlm FP ni...maka hari ahad baru bermula projek tertangguh ni......kalau tak buat.nanti asyik teringat2 je....kalau dah buat,baru puas hati.... ayam ni dimakan bersama roti dan sup segera Campbells aje...mula2 nak buat mushroom soup yg mcm mamasya tu...nampak sedap mcm kat Pizza,tapi anak kata xyah...sbb teruja nak makan cepat...resipi ni copy kat FP Mamasya..terima kasih Mamasya dan empunya resipi....
Quote:


LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Sumber : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana.tq Ana...

Bahan
1 kg ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna minyak sayur aje
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 - letak lebih
2 biji tomato -
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - ditambah
Kicap Pekat - ditambah- tak letak
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..




Cupcakes ni buat untuk beri pada besday girl anak jiran dan jamuan hari raya nya sekali....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net