mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 2-Nov-2008 02:43 Email | Share | Bookmark
KEK COKLAT LEMBAP MALAYSIA DAN NASI GORENG BLACK PEPPER

 
 
 
 
Minggu lepas buat kek coklat lembap malaysia...kerana teruja tengok kat FP http://rinnchan.fotopages.com/minggu lepas...kalau Rinn posing kek kat fp...mmg mengancam habis...x tahan tengok aje...bahan2nya pun mudah dan mmg ada stok. kalau buat kek coklat ni adalah peminatnya kat rumah......kalau buat kek yg biasa...diorg pandang pun x mahu..... ...x habis2 dengan coklat..... rasa2nya dah ada juga kawan2 kat fp yang mencuba kek ni....kek coklat lembap ni.... memang lembap dan sedap...kita copy je kat fp Rinn...terima kasih Rinn kerana rajin menyelongkar,mencuba dan mengkongsi resipi....
Quote:


KEK COKLAT LEMBAP MALAYSIA
Sumber : Indon2.com

Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping:

250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.

Cara-cara:

1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.


Nasi goreng lada hitam atau kata Haniss omputih panggil black pepper.... ...buat sarapan pagi...bahan2nya ikut yang ada dalam petiais je.....kita copy dari FP Haniss...t/kasih haniss....
Quote:


Nasi Goreng Black Pepper

Bahan2
2 mangkuk nasi
Udang basah
2 ulas bawang putih - tumbuk dengan lada hitam
lada hitam - ikut kepedasan
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang merah - dimayang
garam dan juga sayuran bunga kobis/brokoli/karot/buncis

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga agak keperangan
2. Masukkan bawang putih yang telah pun ditumbuk dengan lada hitam
3. Masukkan udang basah, kacau sebentar, masukkan sos tiram dan garam, lepas tu diikuti dengan sayuran.
4. Masukkan nasi dan goreng lah sebentar.
5. Hiaskan dengan daun sup/bawang dan juga tomato.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net