mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Nov-2008 14:02 Email | Share | Bookmark
SHEPHERD PIE DAN PUDING SAGO

 
 
 
 
Shepherd pie dan puding sago ni memang dah lama menjadi pujaan selera warga fp disini....tambah teruja nak membuat bila dulu pernah tengok kat fp kawan2 yang menayangkan menu2 ini..Puding sago ni begitu menyelerakan bila menengok kat blog pakar masak dan penghias hidangan yang tersohor di sini...siapa lagi kalau bukan En mat gebu kita tu..... :->Shepherd pie ni pulak teruja bila mula ditayangkan dari dapur Maklang Azie...shepherd pie ni memang menepati citarasa bila memakannya.....sedap...terima kasih pada kedua2 nye kerana sudi kongsi resipi ni......
Quote:


SHEPHERD PIE
Sumber: Speedial - dari fp Maklang

Mashed Potato
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur – dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji karot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato (mklang letak curry powder) - ikut maklang gak , letak rempah kari.
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable – jika suka
1 biji kuning telur – utk sapuan

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd's Pie
1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.


ALAMAKKK.....PUDING SAGO NI DAH TERLEBIH KALOR DAHHH.....TAPI MMG IKUT SUKATAN RESIPI......RASA TETAP MAINTAIN.....SEDAP.......
Quote:


PUDONG SAGO
Sumber - Blog Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-
300 g biji sago (kaler yang putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat (pakai susu sejat)

Cara membuatnya:-

1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi. Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
2. PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...



Ini pulak award dari Zaiy ....bersusah payah memberi....datang dari jauh....dari Dubai....betul ke mcm tajuk tu Zaiy?....apa2 pun terima kasih lah ye Zaiy.....


saya nak pass award ni pd kawan2 fp

1.Innasaly
2.Hajar
3.Mektie fp
4.Nurkas
5.Fiza (sofie-fiza)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net