mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Nov-2008 05:17 Email | Share | Bookmark
BROWNIES,SAGO PEARL PUDDING,CUPCAKES,KACANG KUDA PEDAS

 
 
 
 
 
 
 
Dah seminggu fp tak ber update...ini kira sekali harong jalan lah ni....masakkan nye pun dah habis masok keperut...ni kira jamu mata je lah ni...minggu lepas buat brownies kerana teruja tengok kat blog ummi...kita cilok resipi darinye..t.kasih ummi....

Quote:



BEST BROWNIES WITH CREAMY FROSTING - SUMBER RESIPI Ummi

Bahan:-
1/2 cawan butter/margerine - cairkan
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telor
1/2 cawan tepung serbaguna
1/3 cawan serbuk koko HERSHEY'S (ummi guna Vouchelle)
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan badam cincang (optional) * ummi xletak pun..my kids x suka

Cara-Cara:-
Panaskan oven ke suhu 180 deg. Celcius. Griskan loyang empat segi 9 inci. Kacau bersama butter yang dicairkan tadi dengan gula dan esen vanila. Masukkan telor yang telah dipukul sikit terlebih dulu. Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam adunan tadi, kacau hingga sebati. Masukkan badam jika suka. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga brownies kelihatan renggang dari tepi loyang. Sejukkan atas wire rack.


CREAMY BROWNIE FROSTING - x buat frosting sbb dah manis
Bahan:-
3 sudu besar butter/marjerin - lembutkan
3 sudu besar serbuk koko HERSHEY'S
1 sudu besar corn syrup/honey (* ummi guna honey)
1/2 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula icing
1 - 2 sudu besar susu
Cara-cara:-
Pukul mentega, serbuk koko, corn syrup dan esen vanila hingga sebati. Masukkan gula icing dan susu. Pukul hingga sekata. Sapukan atas brownies dan potong empat segi.


Disebabkan teruja jugak tengok ditayangkan kat blog En Mat Gebu.....keesokkan harinya pulak buat Sago Peral Pudding....mmg dah lama nak buat kerana nampak cantik berlapis2...resipi dah lama peram,baru berkesempatan membuat nye........tapi kena sabar untuk tunggu melapis.... satu demi satu lapisan....

Quote:



SAGO PEARL PUDDING - Resipi dr En Mat Gebu

Bahan:-
20 gm serbuk agar-agar
1 liter air
300 gm gula pasir
3 helai daun pandan - simpulkan
100 gm biji sagu putih
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuat:-
Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. Kacau hingga masak dan sampai sagu jernih. Tuang ke dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk hilangkan kanji dan sagu tidak melekat-lekat. Bahagikan sagu sama banyak ke dalam 6 mangkuk. 3 mangkuk dibiarkan warna asal dan 3 mangkuk lagi diletakkan setiap satu pewarna merah, hijau dan kuning, kacau rata. Ketepikan.



Sementara itu, tuangkan 1 liter air dalam periuk dan masukkan gula, serbuk agar-agar dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuangkan santan, perlahankan api dan kacau rata. Ceduk 200 ml agar-agar tadi dan tuang ke dalam sagu tanpa warna, kacau rata dengan garfu dan tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 x 3 in yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biark keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.

Ceduk lagi 200 ml agar-agar tadi dan masukkan ke dalam sagu berwarna hijau, kacau rata dengan garfu dan tuang perlahan-lahan atas sagu pertama tadi. Biarkan keras sedikit untuk proses seterusnya. Tuangkan secara berselang-seli sagu yang dimasukkan santan tadi menjadi lapisan no. 1 - putih, no. 2 - hijau, no. 3 - putih, no. 4 - kuning, no. 5 - putih dan no. 6 - merah. Sejukkan dalam fridge lebihkurang 1 - 2 jam sebelum dipotong. Cubalah!!


Cupcakes ni buat utk tempahan dari kawan anak....untuk majlis makan2 dirumahnya.
Quote:




Kacang kuda pedas idea dr Amal....kita copy dr Jasmeen fp...t.kasih meen..tapi dah terlebih rebus plk...x sedar asyik mengadap tv....sampai dah tertanggak kulitnye...tp mmg sedap,...patutlah amal bolih habis semangkok sekali makan...x caya ,cubalah.....

Quote:



Kacang kuda pedas
250gm kacang kuda (rendam semalam & rebus hingga empuk)
Cili kering / cili giling
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan- x letak
Gula / Garam / Serbuk perasa
Daun Kari

>Tumis bahan2 diatas spt membuat sambal ikan bilis, masukkan kacang kuda & daun kari..
> Gaul rata....Siap...


Disebabkan selalu ditayangkan Big apple Donuts ni olih kwn2....sbb keluaran terbaru,maka terujalah plk nak membelinye...semasa gi ke Jaya Jusco W.Maju...cawangan nya baru dibuka di situ...maka ternampak lah plk...terus beli...mmg sedap dr dunkin donut....lembut..makan satu x cukup..... kira promosi lah ni....x dpt ape2....utk jamu mata je....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net