mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 22-Nov-2008 04:15 Email | Share | Bookmark
SELERA WESTERN...BEANCURD OYSTER SAUCE DAN TAG....

 
 
 
 
 
 
 
 
Minggu ni kita layan selera western pulak ye.... kalau Zaiy Dubai dan Madiha menayangkan selera kampung....siapa pulak nak melayan selera western kan....he..he..he.... zaiy dan Madiha jangan marah dan terasa hati ye...melawak je...kalau diorang ni masuk dapur lagi terangkat...yelah kalau nak makan makanan ini dgn kadar segera susah pulak nak jumpa dimana2,kecuali masa bulan Ramadhan,mmg makanan yg jarang jumpa ada dijual...olih itu rajin kan diri kedapur untuk menggodek dan melayan selera kita ni...siapa nak layan lagikan.....

Hari tu jalan2 kat fp kawan2,nak cari makaroni bakar...terjumpa kat n3 Madiha...nampak macam sedap....kalau Madiha masak ape2 pun mmg terliur punya...kita pun cubalah buat...x rugi memcuba...memang sedap pun....betul kata Madiha... .Resipi ni kita copy dr n3 Madiha...tima kacih ye Madiha dan yg empunya resipi...
Quote:



MAKARONI BAKAR
Sumber resipi - Puan Norly- Madiha

Bahan A
100g ayam cincang
½ bawang besar (potong dadu)
2 bawang putih (cincang halus)
3 biji cili padi @3biji cili merah (dicincang halus) - MaDiHa guna 1 biji cili merah
1 ½ sudu besar serbuk kari daging
1 cawan makaroni
100g cheese (mozarella@cheddar@mix cheese diparut)
garam secukup raser...
Bawang goreng (utk taburan) - MaDiHa tak letak pun.
Sedikit minyak utk menumis

Bahan B (untuk kastad)
3 biji telur - MaDiHa guna gred A
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu segar

Cara2 menyediakannya

1. Rebus makaroni hinga agak2 lembut. Angkat dah tos.
2. Sambil2 tunggu makaroni masak. Panaskan sedikit minyak (jgn banyak sangat minyak)
3. Tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..sampai sampai naik minyak..tambahkan air dlm 2 sudu kalau kering.
4. Masukkan ayam dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah/cili padi dan tambah garam secukup rasa.
5. Masukkan makaroni dan gaul2 bagi rata...
6. Tuangkan campuran tadi ke dalam casserole kemudian taburkan cheese yg dah diparut atas permukaan rata2.

*lepas dah siap part makaroni .. buat kastad pula

1. Bancuh tepung gandum dengan susu hingga rata kemudian masukkan telur dan kacau rata..
2. Tapis adunan kastad tuh terus ker adunan makaroni dan daging tadi.
3. Bakar dgn 180C dlm 30 minit bukak oven .. taburkan bawang goreng kalau tak letak pon tak per... tp kalau ader wangi sket... dan sambung bakar dlm 10 minit lagi ..siap


Resipi caramel croissant pudding ni pulak kita cilok kat blog Ummi - home sweet home..puding ni mmg sedap...bak kata Ummi...nyaman je rasa tekak dapat puding ni... Resipi dari Nigella Lawson ni Ummi kutip dr dapur Jeni...kita pulak kutip dr dapur Ummi.... tima kacih Ummi....

Quote:



CARAMEL CROISSANT PUDDING
Sumber resipi - Nigella Lawson - Jeni- Ummi
Bahan:-
2 ketul croissant (ummi letak 3 ketul dalam loyang 8 inci ni)
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
1/2 cawan whip cream (cair) - ummi letak 3/4 cawan
2 sudu besar bourbon (macam Jeni, ganti dgn 1 sudu teh esen vanila)
1/2 cawan susu segar (ummi letak 3/4 cawan)
2 biji telor - dipukul sikit


Cara Membuat:-
*
Panaskan oven ke suhu 175 C.
*
Koyakkan croissant (*ummi potong kecil2) dan masukkan dalam mangkuk pembakar.
*
Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan lenggangkan ia untuk mencairkan gula. (Kalu mengikut step Nigella, dia x kacaupun dengan sudu, just lenggang2 je atas api). Letak atas api medium ke high. Jadikan gula hangus.
*
Bila gula telah menjadi caramel, angkat periuk dan masukkan whipping cream, diikut dengan susu dan esen vanila. Pukul dengan whisk dan masukkan telor. (masalah Ummi pun sama dengan Jeni, bila buat camni, gula hangus mengeras dan Ummi pun panaskan jugak atas api semula).
*
Tuangkan campuran ini ke atas croissant tadi. Biarkan ia terendam selama 10 minit.
*
Bakar dalam oven selama 20 minit (ummi set 17 minit je) hingga kuning keemasan. (Hati-hati jangan sampai roti garing lak!)


Resipi yg ini pulak kita cilok kat fp Jasmeen...kalau makan kat luar,memamg mahal harganye...masak sendiri jimat kos...beberapa hengget je.... tima kacih meen kita dapat cilok dan kongsi resipi ni...

Quote:



BEANCURD WITH OYSTER SAUCE
Sumber resipi - Jasmeen
Bahan :-
1 paket tofu lembut
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
Daun bawang
Bawang goreng
Udang kering (teman goreng sekejap tampa myk & tumbuk halus)
Minyak Bijan

Method :-
1- Letakkan tofu kedlm bekas tahan panas
2- Cincang bawang putih & masukkan sos tiram
3- Curah diatas tofu & kukus selama 10 minit
4- Bila dah msk, tabur daun bawang, bawang gorng & udang kering..
5- Percikkan minyak bijan...


TAG DARI FIZA NORDIN DAN AMAL HAYATI

Tag dari Fizanordin ni dah seminggu diperam...tag dr Amal pula,baru dpt ari ni,sekali jalan lah ni.kita pun tiru mcm Amal gak...malas nk pikior2...pening kepala hotak.....nah.. tgk lah tempat keje kita yg sempoi ni..,x mcm fiza dan Amal ada work station yg canggih manggih tu....disinilah kita selalu melepak bila menghapdet fp dan menjengok rumah kawan2....terimalah seadanye......



Hana >> Kak G >> FizaNordin >> Ummu_Hanis >> MatGebu >> Fariha >> MamaFaMi
>>Kak Amal >> dapurimpian.....


rules:
snap work station anda
then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

Kita nak tag pada jaguh2 dapur ni...siapa yg kena.....

1.Zaiy- Dubai
2.Haniss- Bangi
3.Mamasya- Brunei
4.Rohayati-kelang
5.Nurul chumell- JB
6.Aishah@ummiaqil-Japan
7.Ida bakery-Gurney Height


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net