mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Nov-2008 08:23 Email | Share | Bookmark
EDISI COKLAT.......

 
 
 
 
Pada pengemar coklat,....terutama anak2 menu ini memang tak menjemukan mereka....pada yang tak berminat,....mungkin nak tengok pun,rasa nak mual....kita layan jelah menu ni ye.......tapi memang sedap......

Choc sponge kek ni adalah dari resipi Kompilasi hidangan kek olih Chef Noraini Zakaria..nak buat pun mudah dan ringkas je...tak banyak bahan2....semua bahan2 yang nak perabih dlm stok je...kek sponge ni gebu dan sedap...tapi chocolate mousse utk layer ikut pada fp Amal Hayati (asal resipi dr Inasally fp)...tapi sedih,... mousse tak menjadi kembang,sbb guna whip cream biasa je....takde stok...

Quote:




CHOC SPONGE CAKE WITH LAYERED MOUSSE

Bahan-bahan:
150 gm gula kastor
15 gm ovalette
5 biji telor gred A
110 gm tepung kek*- bertanda * ayak bersama
20 gm serbok koko*
1 sudu teh serbok penaik*
75 gm minyak masak - sy guna minyak jagung
1 sudu teh emulco coklat
60 gm air

Hiasan:
500 ml krim putar (non-dairy whipping cream)
sedikit emulco coklat

Cara:
Gaul ovalette dan gula kastor dlm mangkok adunan.
Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kelajuan tinggi selam 5 minit hingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan campurkan emulco dan air kemudian tuang air emulco coklat.Pukul lagi dgn kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.
Tuangkan minyak dak gaul perlahan-lahan hingga sebati.
Griskan acuan bulat 9 inci.Lapis dgn kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit.
Keluarkan kek dari oven dan telangkupkan.Setelah 5 minit,pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya kek tidak mendap. barulah dikeluarkan dari acuan.Sejukkan.

HIASAN:- sy x buat
Pukul krim putar hingga kental.Campurkan sedikit emulco coklat.Sapukan krim ini pada kek dan hiaskan.



Brownies ni dah buat 2 minggu lepas.Resipi ni c&p pada fp Mak lang Azie.Terima kasih Mak lang..minta halal ye...

Quote:



MOIST CHOC BROWNIES
Sumber-Roz (Rnet)- copy dr Mak lang Azie

Bahan-bahan
1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts – dicincang
125 g butter
200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream) (mklang tak letak pun coz takder stok)

Chocolate topping
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan krim masam (sour cream)

Caranya:
* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
* Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah.
* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.
* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:- sy x buat
* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang berlebihan.
* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi:
Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts
Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net