Want your
own Fotopage?






 
mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Dec-2008 11:39 Email | Share | Bookmark
JUADAH AIDILADHA.....

 
 
 
 
 
 
Quote:

Selamat hari raya aidiladha diucapkan pada kawan2 di alam maya ni semoga diberi kesihatan yg baik dan dilindungi rahmat olihnya.....
Ini adalah diantara juadah hari raya aidiladha yang dihidang pada hari tu...

Quote:


NASI BERIANI
Sumber resipi- Hanieliza

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah [potong 2]
3 biji cili hijau [potong 2]
100 gm daun pudina ]
100 gm daun sup ] potong kasar]
100 gm daun ketumbar ]
1 liter air
1 cawan susu cair
2 s/b minyak
4 s/b minyak sapi
kismis
garam
1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
2 cm halia ]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuh dan akcau. Masakkans ehingga naik minyak.
3. Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
5. Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.
6. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
7. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.


Quote:

Ini pula buat kerutuk daging resipi dari Makyong@myresipi.com...c&p dari Zaiy Dubai fp...kerutuk daging ni sesuai dimakan bersama nasi dan sedap juga dicicah dengan roti.


KERUTUK DAGING

Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

bahan tumis
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara
Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
Panaskan minyak
Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
Kemudian masukkan campuran rempah tadi
Masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
Siap untuk dihidang.

*** saya tambah kacang peas sebagai hiasan, tabur dan gaulkan dengan daging sebelum tutup api.


Quote:

Ayam masak merah resipi dari blog Normah Musa....c&p dari blog Ummi....



AYAM MASAK MERAH

Bahan:-
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
6 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1 batang serai - kisar
1/4 inci lengkuas - kisar
3 - 4 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
2 sudu besar tomato puree
1/2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1/4 cawan susu cair (*ummi letak susu segar)
1/2 cawan kacang peas
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
Bawang goreng untuk tabur (*ummi x buat pun)

Cara Memasak:-
Ayam dibersih dan ditoskan. Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sebentar. Kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, tuang sedikit minyak untuk menumis. Masukkan rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, cengkih dan lawang), kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga naik minyak dan garing dengan api sederhana. Masukkan sos tomato, tomato puree, garam, gula, susu cair dan sedikit air. Kemudian masukkan ayam. Kacau dan masak ayam hingga kuah agak pekat. Bila ayam telah masak, masukkan buah tomato yang dibelah 4 (jika suka) dan kacang peas. Tutup api dan hiaskan dengan bawang goreng sebelum dihidang.


Quote:

Cream puff ni dah lama nak cuba buat...baru hari tu dapat membuatnya....tambah lagi baru2 ni kat fp maklang Azie dan kak yati selalu menayangkan cream puff ni....resipi ni c&p dari kak yati kerana kueh ni adalah kegemaran nye dan keluarga...dan selalu menayangkan kat fp nye...meh layan cara membuatnye.....



CREAM PUFF

Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kita guna gandum biasa aje cap sauh)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

Intinya:
4 sudu besar tepung custard.
1000 ml air
140ml susu cair
1 tin jagung Cream
6 sudu besar gula (Lebih pada yg suka manis)
sedikit garam.
Caranya:

cara-cara buat kulit - Puffnya
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bial sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)

Intinya:
Air dan susu cairkan campurkan dalam mangkuk dan kacau rata.
Masukkan gula dan garam kacau rata kemudian muasukkan tepung custard kacau rata.
Lepas tu masukkan jagung.
Jerang dan kacau atas api hingga sebati dan masak. (Jadi agak pekat)
Letakkan dalam Cream Puff yang dah dibelah.

***Tapi intinye kita buat dari instant custard je yg dilihat kat blog Chef Noraini......kerana nak ringkas dan cepat....meh tengok bahan2nya.

Bahan-bahannya inti:
125 gm Instant custard
325 ml Susu UHT

Kaedah menyediakannya :
1. Satukan kedua-dua bahan, kacau pada kelajuan tinggi sehingga adunan pekat.
2. Paipkan custard kedalam krim puff.
3. Sedia dihidang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net