mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Dec-2008 18:32 Email | Share | Bookmark
ROTI KERCA DAN KEK MARBLE TRIO

 
 
set roti kerca
 
kari daging
roti kerca
 
kek belum masok oven
Quote:

Pada hari cuti selepas raya aidil adha hari tu...tekak terasa nak makan roti kerca pulak....memamg dah lama teringin nak buat,...resipi nya pun dah lama peram...tapi bila sampai waktu buat benda lain pulak...biasa lah tu...tapi resepi kuahnya kita pelbagaikan mengikut stok yg ada dirumah.mengikut dari resipi tu,roti kerca ni merupakan masakan orang Arab,sekali pandang macam laksam,tapi bukan,dan konsepnya macam juga pasta,tapi lain sikit,..tapi bahan2 rempah tumisannya lebih kurang sama je dgn masak kari,cuma kuah roti kerca bubuh tomato puri dan daging cincang.disebabkan tomoto puri dah kehabisan stok dan daging korban masih ada lagi,maka kita bubuh daging,kentang beserta santan kotak je...maka jadilah dia kari daging berkentang makan bersama roti kerca ni...nanti lain kali buat kuah ikut resipi ini pulak.....nak jadi Pak Arab plk....hehehe....resipi ni ambil dari majalah saji...panjang lebar plk beceloteh....nanti semput plk org nak baca....meh kita tengok resipi yg asal....


Quote:



ROTI KERCA
Sumber resipi- Azie & Syed Sobrie (majalah saji)

Bahan A:- kita buat 1/2 adunan
1 kilogram tepung gandum
5 biji telur
garam dan air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan kesemua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.Jangan gunakan terlalu banyak air,tuang sedikit demi sedikit.kecairannya seperti ingin membuat lempeng.
2.Setelah itu dadar diatas kuali non-stick.Ia tidak perlu dibalikkan.Sama seperti membuat kuih dadar.
3.Setelah itu gulung dan potong serung.

BAHAN KUAH:
1/2 kg daging cincang
1/2 cawan tomato puri atau lebih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 peket kecil serbuk kari daging
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji bunga cengkih
Sedikit air jika pekat



UNTUK TABURAN HIASAN:
Bawang goreng
daun bawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis rempah biji dan bawang hingga naik bau dan kuning.
2.Masukkan rempah kari,dan tumis lagi.
3.Tuangkan tomato puri dan daging cincang.Bubuhkan garam dan gula.
4.Renehkan sehingga kuahnya pekat.
5.Sewaktu makan hendaklah dibubuh bawang goreng dan daun bawang.


Quote:

Kek marble trio ni pulak c&p dari blog CMG...tapi kita lapis seperti kek belang je...terlupa nak buat tompok2 kalor adunan semasa nak bubuh dalam loyang mcm CMG tu...kek ni memang lembut,gebu dan lembap terima kasih yg empunya resipi....


Quote:



KEK MARBLE TRIO

BAHAN-BAHANNYA
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence



CARA MEMBUATNYA

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU
:- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net