mama kitchen's FotoPage

By: Dapur Impian

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Jan-2009 09:30 Email | Share | Bookmark
ROTI JALA BEKUAH KARI DAGING DGN KENTANG

 
 
 
 
Quote:

Semalam ronda2 kat FP "AMAL"....terliur tengok roti jala dengan kuah kari yg dimasaknya 2 minggu lepas.Tapi ikutkan selera lebih suka makan dgn kuah durian...tp tak musim durian,makan dgn kuah kari jelah.Memandangkan semalam cuti, jadi projek seterusnya ialah "Roti Jala" atau "Roti Kirai"....acuan roti jala pun baru je beli minggu lepas,sbb yang lama dah hilang entah kemana letaknya ataupun dah terbuang semasa berkemas,biasalah tu,bila nak guna,kalau dicari mesti tak jumpa...sbb dah berkurun tak buat roti jala ni...selalu tunjuk je kat gerai tu...w/pun acuan roti jala ni murah,tapi sukar juga nak mendapatkannya....puas dah ronda2 kat pasar malam kot2 terjumpa ada dijual...akhirnya jumpa kat pasaraya carrefour...itu pun dah tinggal 2 biji je....


Quote:



ROTI JALA

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 biji telor
2 cawan air (mengikut kepekatan)
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit
garam



Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan kari ayam/daging atau kuah yg manis kuah durian.




Quote:



KARI DAGING BERKENTANG
Bahan
500gm daging
1 peket kecil rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]- sy guna kari cap Babas
3 cawan santan kelapa
2 biji kentang [potong kecil]
sedikit air asam jawa
3 s/b minyak
garam


Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis
1 pelepah daun kari
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara
1. Daging dipotong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi dan garing.
3, Masukkan rempah kari dan kacau rata.
4. Bila sudah naik minyak masukkan daging dan kecutkan sehingga empuk.
5. Masukkan santan dan garam. Perlahankan api dan biarkan naik minyak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net